Tip berbelanja

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ramai IM-IM yang memberi tip berbelanja atau berjimat cermat sejak akhir-akhir ini, contohnya Labanon, SmartZul dan saya sendiri. Bukannya apa, berbelanja sudah menjadi perkara wajib dalam kehidupan seharian kita, setiap hari saya, anda dan semua orang mengeluarkan duit dari poket untuk keperluan harian dan keperluan-keperluan lain samada wajib, sunat atau makruh.

Tanpa tip berbelanja dan kaedah berjimat cermat yang betul, anda boleh “terbunuh” dalam masalah hutang yang memeningkan kepala :???: dan masalah kewangan yang menyeramkan :shock: . Saya sedar, tidak semua dari kita yang bebas kewangan termasuk diri saya sendiri, tapi kita boleh mengubati keadaan sekarang (masalah kewangan) dengan mengamalkan sedikit tip berbelanja ini.

Ohh ya, sebelum saya telupa, tidak semua dari kita yang sanggup mengamalkan tip-tip dibawah walaupun ianya amat-amat mudah, sebab utamanya kerana ianya bercanggah dengan budaya masyarakat kita yang suka hidup dalam keadaan “mewah” dan bergaya. Jadi tanpa melarut-larut, saya terus ke tip berbelanja:

Berbelanjalah mengikut kemampuan

Tidak semua dari kita berbelanja mengikut “saiz baju masing-masing”. Yelah, kebanyakan kita berbelanja lebih daripada gaji atau pendapatan masing-masing. Mungkin anda kata “mana mungkin”, tapi jawapannya ada di kocek anda iaitu kad kredit. Jika gaji atau pendapatan anda hanya 4k, dengan adanya kad kredit anda boleh berbelanja lebih dari itu sehingga mencecah 10k. Secara tidak sedar, Itu sudah melebihi kemampuan anda. :roll:

Jadi penyelesaiannya, jangan guna kad kredit sehinggalah tiba waktunya, iaitu waktu emergency atau terdesak sangat. Penyelesaian seterusnya, berbelanjalah kurang dari kemampuan anda walaupun anda mampu memiliki apa yang anda idamkan. Penyelesaian terakhir, tidak berbelanja untuk sesuatu yang anda tidak mampu miliki, mudah kata jangan berhutang. :lol:

Nikmati apa yang ada

Ya, nikmati apa yang ada sepuas-puasnya :eek: . Saya perasan yang masyarakat kita tidak menikmati apa yang mereka miliki. Yelah, baru je guna handphone 1 tahun dah tukar handphone baru yang lebih canggih dan bergaya dengan alasan sudah jemu, ketinggalan zaman dan banyak lagi alasan yang mengarut. Mungkin itu sudah menjadi budaya masyarakat kita menukar handphone setiap tahun, tapi itulah salah satu sebab kenapa ramai mengalami masalah kewangan yang teruk. Begitu juga dengan perkara-perkara lain (kereta, rumah, pakaian, perabot rumah dan banyak lagi), nikmati sepuas-puasnya sebelum tukar yang baru.

Penyelesaiannya, nikmati sepuas-puasnya apa yang anda miliki walaupun ianya sudah buruk dan ketinggalan zaman, yang penting ianya dapat berfungsi dengan baik, selesa dan memenuhi keperluan anda:lol:. Penyelesaianya seterusnya, jangan mengejar teknologi kerana teknologi akan sentiasa berkembang dengan pesat dan kita tidak mungkin dapat “mengejarnya”. Penyelesaian terakhir, jauhi sifat tamak kerana sifat inilah yang menjadikan kita tidak puas dengan apa yang kita miliki.

Tentukan priority dalam berbelanja

Sedar tidak sedar, ramai diantara kita tidak tahu mengutamakan apa yang patut dan apa yang tidak patut dalam berbelanja. Kebanyakan kita berbelanja kerana “rasa” berkenan atau perlu di hati, sebagai contoh mengubah suai kereta biasa jadi kereta “sport”, tapi adakah kita benar-benar memerlukannya (spoiler, rim sport dan segala jenis perkakas lagi)? TIDAK!!!. Kita hanya perlu berbelanja untuk benda-benda yang kita amat amat perlukan. Jika sebaliknya, hidup akan merana kerana ikutkan hati ini :cry: .

Penyelesaiannya, gunakan kaedah wajib, sunat, makruh dan haram dalam berbelanja agar anda tahu mana yang patut anda beli, mana yang tidak patut dan seterusnya. Penyelesaian seterusnya, utamakan berbelanja untuk meningkatkan ilmu atau diri terlebih dahulu daripada perkara lain kerana ilmulah harta yang paling berharga di dunia. Penyelesaian terakhir, senaraikan apa yang anda ingin belanjakan terlebih dahulu agar anda tahu mana yang patut dan sebaliknya.

Jadi itulah sedikit tip berbelanja dari dari saya. Walaupun mudah, tidak ramai yang dapat mempraktikkan tip ini. huhu… :roll:

2 Responses to “ Tip berbelanja ”

  1. Abg DiNo Gravatar Says:

    Penggunaan kad kredit adalah untuk memudahkan urusan harian kita tanpa perlu membawa sejumlah tunai yang banyak satu-satu masa.

    Penyalahgunaan kad kredit berlaku bila kita mengabaikan pembayaran mengikut tempuh masa yang diberikan. Kita harus mendisiplinkan diri untuk membayar jumlah yang digunakan mengikut masa yang ditetapkan. Jangan hanya membayar jumlah minuma kerana ia akan membebankan kita nanti.

    Kesimpulannya gunakanlah apa-apa kemudahan yang ada dengan bijak!

  2. ecarosNo Gravatar Says:

    huhu…memang betul tu. Kredit kad ini ibarat pisau.Kalau bijak guna banyak manafaatnya tapi kalau tersilap guna ia boleh membunuh.

    Semua benda baik/byk manafaat pada asalnya jika digunakan kena pada tempat, waktu dan orangnya. Tapi jika salah guna, hanya padah yang menanti. :cry:

Leave a Reply