Produk vs Perkhidmatan
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dah 1 minggu blog ini menyepi kerana bosnya jatuh sakit semenjak 2 minggu lepas (start cuti)
. Mana taknye projek ebook terbaru ( Wordpress Beauty) + kenduri + daging gulai + jadi “je’ kako” (dlm bahasa kelate mcm pembantu kenduri la) + demam panas = selok kero bos & blog ini sekejap. Apapun jom ke topik kita.
Perkhidmatan? Produk? Mana lebih baik? emm… kalau dilihat secara kasar kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Jadi isu mana lebih baik rasanya tidak timbul disini kerana ianya bergantung kepada kemahiran dan kepakaran masing-masing. Apapun mana yang akan menang jika produk vs perkhidmatan? ![]()
Produk
Sesiapa pun kenal apa itu produk, asalkan ianya boleh diguna, dilihat, dipegang, ditendang, dimakan dan diapa-apapun, itulah produk namanya. Produk terbahagi kepada 2 iaitu produk digital dan produk fizikal. Kedua-duanya mempunyai kelemahan dan kelebihan masing-masing. Apapun secara amnya ianya tetap produk. Jadi apa kelebihan dan kelemahan produk?
Kelebihan
- Pendapatan pasif - Ya, produk merupakan salah satu punca pendapatan pasif. Dengan kata lain, sekali anda melancarkan suatu produk, hasilnya anda akan terima sehingga tua selagi orang membeli produk tersebut. Selain itu, margin keuntungan terutamanya produk digital amat amat tinggi kerana kos penghasilannya yang amat minimum. Jadi kos kerugian tu tidak menjadi masalah besar sangatlah. Apapun, mesti seronok tak terhingga bukan kalau kita dibayar berkali-kali sampai penuh poket ni.
- Berurusan hanya sekali - Perniagaan produk tidak banyak berurusan dengan pelangan atau orang berbanding perkhidmatan. Kita hanya berurusan dengan mereka semasa pembelian dan ketika ada masalah dengan produk sahaja, selebihnya kita boleh goyang pinggul kaki kat rumah. Jadi perniagaan produk ni kurang la sikit melayan kerenah pelanggan yang kadang kala menyakitkan kepala dan hati.
- Lebih banyak masa terluang - Menjual produk biasanya tidak sesibuk menyediakan perkhidmatan yang mana perlu 24 jam bagi support kalau-kalau ada masalah atau kekurangan pada service yang kita berikan kepada pelanggan. Mudah kata, menjual produk hanya sibuk masa promosi, penghasilan produk dan masa-masa tertentu bukannya 24 jam, pendekkan cerita kita ada lebih banyak masa yang ada untuk diluangkan untuk orang yang tersayang dengan adanya produk sendiri.
Kelemahan 
- Mudah tepu - Inilah masalah besar bagi produk, mudah tepu. Mudah kata mudah ditelan zaman. Yelah, pembangunan teknologi sekarang semakin hari semakin pesat, jadi tanpa produk yang sesuai dengan teknologi susah la sikit nak laku. Penyelesaiannya produk yang dihasilkan kenalah se-update arus pembangunan teknologi barulah laku, tapi tulah yang sukar sikit nak dilakukan sebab produk-produk lama apa cerita? Takkan nak buang je? Jualan murah?

Perkhidmatan
Perkhidmatan? emm…luas skopnya tu. Pada pendapat saya, perkhidmatan ini boleh jadi makan gaji dan biz. Asalkan berkhidmat untuk orang ramai atau masyarakat terus tergolong dalam ketegoti perkhidmatan tidak kira doktor, designer, agen hartanah, peguam, agen pengiklanan atau sebagainya. Tapi kebiasaannya perkhidmatan ni ramai yang makan gaji daripada biz, kebiasaannya. Apapun mari kita lihat kelebihan dan kelemahan perkhidmatan.
Kelebihan 
- Pendapatan aktif - Perkhidmatan kebanyakannya merupakan pendapatan aktif yang mana setiap penat lelah hanya dibayar sekali sahaja. Bagi yang menyediakan perkhidmatan yang mahal dan diperlukan setiap masa itu berita gembira buatnya. Mana taknye, kalau seorang dicas RM 500 bagi setiap kali perkhidmatan atau satu hari (gaji), sebulan dah RM 15 000. Tapi jika RM 10 je sehari? Jadi disini agak sukar nak kata pendapatan aktif ni merupakan kelebihan atau kekurangan kerana ianya bergantung kepada income setiap hari atau dari seorang pelanggan.
- Sentiasa diperlukan - Perkhidmatan sentiasa diperlukan tidak kira bila dan dimana. Inilah kelebihan perkhidmatan kerana susah nak ditelan zaman. Contohnya perkhidmatan seorang designer, pergi mana-mana pun mesti ada orang yang nak kalau skill top class. Cuma masalahnya bagi yang nak makan gaji sebab peluang perkerjaan sekarang kuat persaingannya, mudah kata penganguran. Bagi yang biz saya rasa tiada masalah kot.
Kelemahan 
- Kuat berurusan - Nilah yang paling menyampah, kena kuat berurusan dengan orang ramai terutamanya pelanggan. Yelah, masalah tu, masalah ni hinggalah habis semua masalah pelanggan baru boleh goyang kaki, tapi bila tak tahu nak habis semuanya sebab masalah sentiasa timbul. Jika mereka yang suka bersosial tiada masalah nak layan karenah pelanggan tapi bagi mereka yang suka tenang+rilex+sorang-sorang macam saya? Panas punggung la jawabnya bila sampai limitnya.
- Sentiasa sibuk - Perkhidmatan kebiasaannya sentiasa sibuk. Contoh terbaik ibu saya sendiri, seorang doktor. Dari pagi redah trafik jam, layan pesakit, itu ini hinggalah ke petang. Balik-balik terus berguling atas katil kepenatan. Pendekkan cerita, sibuk sibuk & sibuk. Tu di Kelantan, di Kuala Lumpur pergi gelap balik pun gelap. Time dengan family hampir tiada langsung
. Tu kalau doktor, kalau perkhidmatan lain mungkin boleh upah assistant untuk mengurangkan kesibukan seharian kita, relax la sikit.
Jadi itulah sedikit sebanyak kelebihan dan kelemahan produk dan juga perkhidmatan pada persepsi dan pengalaman saya yang tidak seberapa ini. Apapun, ianya tetap bergantung kepada minat, kepakaran dan kemahiran masing-masing. Yelah, lain orang, lain minatnya kan.
Jadi bagi mengakhiri topik “produk vs perkhidmatan”, saya umumkan pemenangnya ialah :
Produk 
Pendekkan cerita, produk adalah pendapatan pasif (kebanyakan berniaga) manakala perkhidmatan adalah pendapatan aktif (kebiasaannya makan gaji). 9/10 daripada kekayaan datangnya perniagaan, sebab inilah kenapa produk menang dalam pertandingan ni. Jadi anda pilihlah mana yang terbaik buat anda. Tapi mana-mana bidang tidak kira perkhidmatan atau produk tetap akan menbuahkan hasil yang lumayan jika kena dengan cara yang betul dan minat anda.