Luar biasa
Salam sejahtera pembaca yang saya kasihi,
Luar biasa, itulah salah teknik yang paling cepat untuk berjaya dalam sesuatu bidang tidak kira perniagaan, hiburan mahupun dalam kerjaya anda. Yelah, sesiapa pun pasti akan tertarik dengan sesuatu yang asing (baru) di tambah pula hangat dan panas macam pisang goreng kerana ianya sesuatu yang jarang-jarang berlaku dalam masyarakat kita.
Walaubagaimana pun, bukan mudah untuk melakukan sesuatu yang luar biasa kerana ianya memerlukan pengorbanan dan amat amat berisiko tinggi. Mana taknye, kalau tidak masti dah ramai yang buat.
Contoh terbaik yang dapat saya berikan disini ialah Irfan Khairi kerana berjaya menjadi jutawan dalam usia 25 tahun. Yang lebih luar biasa (bagi masyarakat kita di Malaysia) jutawan dari perniagaan internet. Kini kehangatan kontrovesi yang dicetuskannya dulu masih dapat dirasai, yelah tiap-tiap minggu masuk TV dan radio bercakap tentang perniagaan, motivasi dan sebagainya. Saya taknak berhujah panjang pasal IK kerana apa yang diperoehinya kini berbaloi dengan usahanya mencetuskan perkara baru atau luar biasa di Malaysia.
Manakala contoh kedua terbaik adalah Faizal Tahir dan saya pasti anda semua masih ingat kontroversi stunt “superman” yang dicetuskannya. Ada kesan negatif dan ada kesan positifnya. Kesan negatifnya, semua orang pakat kutuk dia melalui blog, surat khabar, forum hingga ke kedai kopi dan kesan positif dia menang besar AIM serta Planet Muzik baru-baru ini. Jadi siapa yang untung? hehe..
Apapun, luar biasa ni kurang diguna pakai oleh masyarakat kita di Malaysia untuk berjaya kerana beberapa faktor. Tapi di barat, inilah perkara yang mereka sering lakukan contohnya Bill Gates dengan Microsoftnya, Dell dengan kejayaan komputernya, Koloner Sander dengan KFCnya, Larry Page dan Sergey Brin dengan Google, Matt Mullenweg dengan Wordpress dan banyak lagi. Maka tidak hairanlah kenapa mereka boleh berjaya sehingga nama mereka dikenali seluruh dunia. Tapi kenapa tiada berlaku di Malaysia? Ini faktor-faktornya: ![]()
Takut melakukan kelainan.
Ya, kebanyakan kita takut untuk melakukan sesuatu yang berbeza, akhirnya kita tetap tergolong dalam 27 juta rakyat Malaysia yang lain. Ramai yang sanggup sama dengan 1000,000 orang lain berbanding sama dengan 5 orang, kenapa? Semuanya kerana sudah menjadi budaya dalam masyarakat kita. Kalau orang lain jadi jurutera, kita pun nak jadi jurutera bukannya kerana minat tapi kerana budaya masyarakat kita yang tidak dapat saya luahkan melalui kata-kata
, anda mungkin dapat faham apa yang maksudkan.
Takut gagal
Ya, saya akui untuk melakukan sesuatu yang berbeza (luar biasa) dari orang lain agak sukar kerana kita tidak tahu hasilnya samada berjaya atau gagal. Kemungkinan untuk gagal (dalam fikiran kita) agak tinggi kerana tiada orang yang melakukannya atau sukar. Akhirnya kita tetap sama macam dulu kerana tidak berani untuk “gagal”. Oh ya, tiada kejayaan tanpa kegagalan di dunia ni (pepatah yang saya baru cipta 3 saat lepas..haha
)
Takut mengambil risiko
Ini salah satu masalah mentaliti masyarakat kita kini yang takut mengambil risiko dalam melakukan sesuatu khususnya perkara yang luar biasa. Kebanyakan kita rela berkerja makan gaji dengan pendapatan 2k sebulan daripada melakukan sesuatu yang luar biasa (berniaga). Saya bukannya menghina atau merendahkan mereka tapi kos hidup kini sudah meningkat dan gaji 2k tidak mampu menampung hidup mereka masa kini, yelah minyak naik, beras naik, mee pun naik, electrik pun naik dan segala-galanya naik kecuali gaji yang tetap sama macam dulu
. Jadi, lebih baik mengambil risiko melakukan perkara yang luar biasa (berniaga) atau terus “bertahan”? Anda sahaja yang tahu jawapannya.
Takut
Inilah punca segala-galanya, takut. Saya akui kita takut untuk melakukan sesuatu yang berbeza dari orang lain kerana ianya lari dari “budaya” masyarakat kita yang gemar hidup dalam kepompong “keselesaan” sejak dulu lagi. Saya pun takut dengan tindakan saya sekarang yang mungkin akan mencetuskan sedikit kontrovesi dalam keluarga saya kerana ianya sesuatu yang luar biasa (saya tak dapat katakan disini kerana agak sensitif… huhu
). Apapun keberanian untuk melakukan sesuatu yang mustahil dan luar biasa perlu ada dalam diri kita untuk berjaya.
Apapun semuanya terletak pada minda kita samada mahu atau tidak melakukannya. Anda boleh pilih samada terus ingin melakukan perkara-perkara yang sama seperti 27 rakyat Malaysia yang lain atau bangkit melakukan sesuatu yang berbeza dari mereka, semuanya terletak pada anda.
May 16th, 200811:08 pm at
Semua perkara kalau kita buat dengan penuh kesedaran dan bukannya ikut-ikut maka kita akan berpuashati dengan hasilnya sama ada berjaya atau gagal.
Untuk mencapai penuh kesedaran bukanlah satu perkara yang mudah banyak masa dan faktor perlu kita pertimbangkan.
Jika terlalu banyak faktor dan masa yang perlu diambil jadi bila kita akan memulakan langkah yang pertama?…
Itulah cabaran yang memerlukan keberanian dan kebijaksanaan yang luarbiasa.. semuanya bergantung kepada kita