Kredibiliti vs Populariti
Salam hormat pembaca yang dikasihi,
Kredibiliti ibarat nasi,
Populariti ibarat rojak.
Kredibiliti atau populariti, yang manakah dapat menjadikan kita berjaya? Saya cukup tertarik dengan topik kali ini sebab masyarakat kita sekarang lebih gila-gilakan populariti sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya.
Saya cuma nak tanya satu je soalan, nasi atau rojak yang mana lebih penting? Mestilah nasi kerana itu merupakan keperluan harian kita, manakala rojak hanyalah keperluan sampingan. Begitu juga dengan kredibiliti dan populariti.
Kredibilitilah yang menjadikan orang itu:
- Disegani dan dihormati.
- Kayu ukur kejayaan seseorang.
- Dikenang dan diingati sepanjang masa.
Manakala populariti itu menjadikan orang itu:
- Terkenal dan disebut-sebut. Tapi tidak semestinya kerana kejayaannya mungkin boleh jadi kerana kegagalannya.
- Tidak boleh dijadikan kayu ukur kerana ia tidak berkenalan, dengan kata lain ada masa panas dan ada masa reda.
- Tidak semestinya menjadikan seseorang itu disegani dan dihormati.
- Sebagai “Bonus”
Dari sini anda sudah dapat melihat yang mana patut anda kejar samada kredibiliti atau populariti. Jika anda kejar kredibiliti tidak mustahil anda akan mendapat kedua-duanya. Tapi jika anda mengejar populariti maka popularitilah yang anda dapat.