Jangan terlibat dalam perniagaan!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya sekarang sedang belajar di UiTM Dungun buat sementara waktu, jadi bz ar sikit nak update blog dan bergiat aktif dalam ebiz sebab sukar sedikit nak guna internet kat sini. Apapun jom ke topik utama kita, jangan terlibat dalam perniagaan!

Saya tahu perniagaan terutamanya perniagaan internet mempunyai aura unik yang pasti menarik anda iaitu keuntungan yang tinggi, namum hanya segelintir yang dapat menikmati kenikmatan itu.

Hal ini demikian kerana hampir 80% perniagaan lingkup dalam tahun pertama dan hanya 5% yang akan bertahan lama seterusnya berjaya. So, apa yang dapat saya katakan disini, risiko perniagaan amat amat tinggi dan hanya sebilangan kecil yang akan berjaya. Jadi sebelum berniaga, cermin dulu kemampuan diri samada layak atau sebaliknya.

Oleh itu persiapan diri haruslah dijadikan fokus utama sebelum berniaga. Anda harus persiapkan diri adakah anda sanggup bertahan selama setahun tanpa memperoleh 1 sen pun dari perniagaan anda (tidak mendapat sebarang untung)? Adakah anda sanggup menanggung rugi samada besar mahupun kecik? Adakah anda sanggup berjauhan dengan insan tersayang? Jika jawapannya negatif - tidak, maka jangan teribat dalam perniagaan.Ingatlah 80% perniagaan lingkup pada tahun pertama kerana pengusahanya tidak sanggup bertahan hal ini! Perkemaskan kemahiran serta diri terlebih dahulu sebaiknya, dengan itu perniagaan anda yang bakal anda jalankan akan lebh terjamin.

Walaubagaimana pun bagi mereka yang mempunyai sifat-sifat dibawah, dapat saya katakan terus “Jangan terlibat dalam perniagaan”. Antaranya mereka yang:

Tidak ingin kaya

Inilah golongan pertama, mereka yang melibatkan dalam perniagaan sekadar cukup untuk alas perut atau sebagai hobi. Dalam perniagaan tiada yang rilex, sekadar, cukup-cukup dan bersederhana. Mudah kata dalam perniagaan hanya ada 2 perkataan “berusaha & kaya”, selebinya bukan sifat business owner. Jika anda ingin melibatkan diri dalam perniagaan, mind set pertama adalah anda ingin menjadi jutawan atau kaya raya walaupun belum mula apa-apa perniagaan, mind set tu yang paling utama. Lagi pun, golongan yang tidak ingin kaya tidak mungkin mereka akan berjaya dalam perniagaan sebab usahawan berniaga bukan untuk hidup tapi untuk kaya seterusnya berjaya. Jadi jika anda tidak mahu kaya, usah berniaga habis cerita.

Hendak kaya cepat

Inilah golongan kedua yang saya nasihatkan jangan terlibat dalam perniagaan. Seperti anda sedia maklum perniagaan sering mendatangkan pulangan yang lumayan tetapi perniagaan bukannya mesin ATM yang mana kita boleh keluarkan duit tanpa usaha sabar gigih. Anda tidak mungkin akan menjadi jutawan dalam masa 1 minggu setelah melibatkan diri dalam perniagaan, TIDAK MUNGKIN!!! Untuk berjaya dalam perniagaan memakan masa yang agak lama, sekurang-kurangnya 1 tahun (tu pun kalau anda makan business, tidur business, mandi business dan semua aktiviti kita berkaitan dengan business). Ikut pengalaman saya (selama 5 bulan sekarang) anda akan jatuh sekali sekurang-kurangnya sebelum bangkit kembali berusaha. Ketahuilah saya sudah 7 kali jatuh tertungging, terbaring, tersemban dan terhantuk, tapi alhamulillah masih kuat untuk meneruskan perjuangan. Apapun perniagaan bukannya untuk mereka yang hendak cepat kaya tetapi untuk mereka yang kuat berusaha dan berminat, no sweat no money.

Tidak bersedia berkorban

Inilah golongan ketiga. Jangan libatkan diri dalam perniagaan jika anda tidak sanggup berkorban. Berkorban yang dimaksudkan disini meliputi semua - usaha, masa, harta, cita-cita, anak bini dan nyawa (takut-takut sakit jantung masa muflis) .Ingatlah, perniagaan amat amat berbeza dengan makan gaji, percayalah. Jika anda tidak sanggup berkerja 12 jam sehari 7 hari seminggu dan tiada cuti tahunan, maka usahlah terlibat dalam perniagaan. . Perniagaan memerlukan pengorbanan yang besar dan memaksa anda keluar dari kepompong keselesaan (gaji tetap dan keistimewaannya). Jika anda tidak sanggup berkorban semua itu maka anda sudah tewas sebelum berperang, maka jangan terlibat dalam perniagaan jika tidak rela berkorban.

Luar bidang

Ini golongan yang terakhir. Janganlah melibatkan diri dalam perniagaan jika itu bukan bidang anda. Jika anda seorang guru, janganlah cuba-cuba melibatkan diri dalam perniagaan motosikal (contoh) kerana kepakaran anda bukannya disitu. Jika kepakaran anda adalah mengajar jadi kenapa tidak memilih untuk membuka kelas tuisyen? Jadi jangan melibatkan diri dalam perniagaan terutama perniagaan yang bukannya di bidang anda. Apa yang paling penting disini, jangan lihat pada keuntungan semata-mata tetapi pada market dan minat anda. Jika market salah, maka susahlah nak mendapat keuntungan yang lumayan seterusnya bergelar juatawan.

Ingatlah, 90% kekayaan datangnya dari perniagaan dan 74% jutawan juga datangnya dari perniagaan. Rassullulah dan para sahabat juga berniaga untuk mengumpul kekayaan untuk diperjuangkan ke jalan Allah, jadi tidak salah kita mengikut jejak mereka. Tetapi ingat, perniagaan bukannya satu-satunya cara untuk menjadi jutawan atau kaya. Jadi jika anda tiada minat atau tergolong dalam orang-orang diatas, maka usah melibatkan diri dalam perniagaan, habis cerita.

Leave a Reply