Entrepreneur

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kita sering dengar perkataan entrepreneur. Tapi apakah anda tahu definisi entrepreneur itu? Mungkin ya dan mungkin tidak.

Entrepreneur didefinisikan sebagai “seseorang yang menyeselesaikan masalah orang lain untuk keuntungan“. Entrepreneur hanyalah “problem solver” tidak lebih dari itu. Semakin banyak produk yang dapat membantu orang, semakin “kaya” anda, secara mental, emosi, spiritual dan yang pasti pada kewangan anda.

Anda, saya, mereka dan semua orang ada kepakaran masing-masing. Kepakaran kita inilah yang dapat menyelesaikan masalah orang lain. Saya ibaratkan dunia ini sebagai satu puzzle, yang mana setiap orang saling bergantung antara satu sama lain untuk menghasilkan satu seni yang hebat.

Saya ulang sekali lagi “Entrepreneur hanyalah “problem solver” tidak lebih dari itu”. Problem solver yang dimaksudkan disini adalah right person in the right place at the right time. Tidak cukup to be in the right place at the right time kerana andalah yang akan menyelesaikan masalah orang lain untuk kaya.

Sebagai contoh, anda pakar add math tapi memberi ceramah bangkel Ingeris. Apa yang akan terjadi jika seorang pelajar menyuruh anda menyelesaikan masalahnya dalam subjek itu? Mungkin anda tidak dapat menyelesaikan masalah pelajar tersebut walaupun anda seorang pakar kerana anda pakar dari “dunia” yang berbeza. Begitu juga dalam perniagaan, anda haruslah right person in the right place at the right time. Dengan itu anda barulah dikatakan sebagai entrepreneur yang berjaya.

Jadi cubalah cari kepakaran anda dan jadilah entrepreneur sebenar.

Rumusannya:

  • Entrepreneur = seseorang yang menyeselesaikan masalah orang lain untuk keuntungan. (Problem solver)
  • Be right person in the right place at the right time.

Leave a Reply