Aktif vs Pasif

Salam hormat pembaca yang dihormati,

Pendapatan aktif atau pendapatan pasif:?:? Yang mana menjadi pilihan anda dan yang mana lebih menguntungkan sebenarnya? Saya pasti setiap perkerjaan menghasilkan punca pendapatan yang berbeza-beza. Sebagai contoh perniagaan biasanya mendatangkan punca pendapatan pasif manakala jika makan gaji biasanya menghasilkan punca pendapatan aktif. Jadi bagaimana ingin mengenalpasti samada itu pendapatan aktif atau pasif?

Caranya cukup mudah, jika anda hanya menerima punca pendapatan hanya SEKALI dalam sebulan maka itu adalah punca pendapatan aktif. Segala usaha dan penat lelah anda hanya dibayar 1 kali dalam sebulan dan jika anda tidak datang disko kerja, anda tidak akan dibayar untuk hari itu:cry:.

Manakala jika anda menerima punca pendapatan LEBIH DARI SEKALI dalam sebulan maka itu adalah punca pendapatan pasif. Dengan kata lain segala penat lelah anda selama ini akan dibayar berkali-kali dan berterusan sehingga tua:shock:. Pasti seronok tahap %^&* jika kita dibayar beratus-ratus kali dalam masa 1 hari dan beribu-ribu kali dalam sebulan dan berjuta-juta kali dalam setahun:eek:.

Saya berikan 1 cerita sebagai contoh. Mat Ali dan Samad sama-sama memulakan perkerjaan. Tetapi Mat Ali memulakan perniagaan internet manakala Samad berkerja sebagai peguam. Pendapatan Samad cukup lumayan (bagi orang bujang) iaitu RM 3500 sebulan tetapi pendapatan Mat Ali RM 0 kerana dia masih tiada produk atau perkhidmatan pada bulan pertama.

Tapi pada bulan kedua Mat Ali kini sudah ada produk ebooknya sendiri iaitu “Teknik Berani Mati Tackle Awek Cantik” (contoh) hasil usaha dia pada bulan pertama. Dia memasarkan secara besar-besaran pada bulan kedua. Manakala Samad masih menerima pendapatan sebanyak RM 3500 sebulan sebagai seorang peguam.

Pada bulan ketiga, Mat Ali kini menerima pendapatan jauh lebih tinggi daripada Samad. Katakan dia menjual ebooknya RM 30 dan seramai 1,000 yang membelinya, dia sudah memperoleh pendapatan RM 30,000 pada bulan itu. Pendapatannya tidak berhenti disitu sahaja tapi terus masuk kerana orang ramai pasti tidak akan melepaskan peluang untuk mengetahui teknik power untuk pikat awek cun terutama yang masih bujang atau single:cry: . Kini pendapatannya sudah jauh lebih tinggi dari Mat Ali. Gambaran ringkas pendapatan mereka berdua:

:cry:Samad:

RM 3500 x 8 bulan = RM 28,000
(x kerja = x wang)

:grin:Mat Ali:

RM 30 (2 bulan berusaha) x 1000 (akan terus meningkat) = RM 30,000++
(x kerja duit tetap masuk poket)

Jadi kini anda sudah nampak yang mana usaha Mat Ali selama 2 bulan jauh menjangkaui pendapatan Samad selama 8 bulan. Pada bulan keempat, Mat Ali sudah boleh meluangkan masa untuk melakukan perkara-perkara lain seperti berdisko bercuti atau pikat awek cun melancong seketika sebelum menghasilkan produk baru kerana pendapatannya akan terus masuk walaupun dia tidur kini. Tapi Samad tidak, tidak datang kerja = tiada gaji:cry: .

Bagi saya apa gunanya berkerja penat lelah sampai terkeluar bijik mata:shock: tetapi tidak dapat menikmati kehidupan dengan keluarga, rakan-rakan atau awek yang tersayang. Kekayaan bagi saya bukannya setakat memiliki wang yang banyak tapi memiliki “masa” yang banyak untuk menikmati kehidupan ini. Apa gunanya jika ada RM 1 juta tapi tiada masa nak menikmati nikmat tersebut kerana terlalu sibuk. Jadi jalan penyelesainya hanya satu iaitu pendapatan pasif: kaya masa dan wang = hidup bahagia:grin: .

2 Responses to “ Aktif vs Pasif ”

  1. ijamidayuNo Gravatar (2 comments.) Says:

    isk2 kesian samad.senyum lebar si ali. apa pun nice info. thanks bro.. tetapi memang betul pendapatan pasif juga boleh dengan meletakkkan iklan pada blog kita. sedar2 trafic dah ramai masuk tau2 iklan kita dah ada duit.. :)salah satu adsense..

  2. ecarosNo Gravatar Says:

    pasal adsense memang xdi nafikan bleh ++ pendapatan kita setiap bulan…sy pun ada buat adsense…bleh la buat belanja makan pagi dgn duit tu..hagaga

Leave a Reply