1 jam sehari

April 11th, 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ketahuilah pemisah kejayaan dan kegagalan
boleh dinyatakan menerusi 4 patah perkataan
“Saya tidak mempunyai masa”

1 jam sehari apa yang dapat kita lakukan? 1 jam yang saya maksudkan disini adalah masa yang diperuntukkan untuk meningkatkan prestasi diri atau pengetahuan. Kebiasaannya semakin sibuk seseorang semakin mampu 1 jam sehari untuk digunakan sendiri.

Jika kita menyediakan 1 jam sehari,

  • kita telah berjaya mengumpul 365 jam setahun,
  • sama dengan 45 hari berkerja sepenuh masa yang memakan waktu 8 jam sehari.
  • sama seperti menambah 1 bulan setengah kehidupan produktif dalam hidup kita setiap tahun.

Namun, ramai diantara kita mengatakan “saya terlalu sibuk”, “saya tiada masa” dan banyak lagi alasan-alasan yang diberikan. Hakikatnya, usaha penyisihan waktu ini tidak mudah dan memerlukan tekad yang kuat. Rahsianya:

  • Mencipta waktu 1 jam ini, kemudian
  • memanafaatkannya dengan bijaksana.

Read the rest of this entry »

Kredibiliti vs Populariti

April 11th, 2008

Salam hormat pembaca yang dikasihi,

Kredibiliti ibarat nasi,
Populariti ibarat rojak.

Kredibiliti atau populariti, yang manakah dapat menjadikan kita berjaya? Saya cukup tertarik dengan topik kali ini sebab masyarakat kita sekarang lebih gila-gilakan populariti sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya.

Saya cuma nak tanya satu je soalan, nasi atau rojak yang mana lebih penting? Mestilah nasi kerana itu merupakan keperluan harian kita, manakala rojak hanyalah keperluan sampingan. Begitu juga dengan kredibiliti dan populariti. Read the rest of this entry »

Entrepreneur

April 11th, 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kita sering dengar perkataan entrepreneur. Tapi apakah anda tahu definisi entrepreneur itu? Mungkin ya dan mungkin tidak.

Entrepreneur didefinisikan sebagai “seseorang yang menyeselesaikan masalah orang lain untuk keuntungan“. Entrepreneur hanyalah “problem solver” tidak lebih dari itu. Semakin banyak produk yang dapat membantu orang, semakin “kaya” anda, secara mental, emosi, spiritual dan yang pasti pada kewangan anda.

Anda, saya, mereka dan semua orang ada kepakaran masing-masing. Kepakaran kita inilah yang dapat menyelesaikan masalah orang lain. Saya ibaratkan dunia ini sebagai satu puzzle, yang mana setiap orang saling bergantung antara satu sama lain untuk menghasilkan satu seni yang hebat. Read the rest of this entry »

Mukadimah

April 11th, 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya ingin mulakan dengan Bismillah hirahman nirrahim. Saya ecaros dan ini merupakan kemunculan semula saya selepas beberapa masalah yang terjadi pada blog saya sebelum ini. Dengan kemunculan baru ni, saya harap dapat memberikan nafas baru kepada saya sendiri dan kepada anda untuk terus mengikuti blog ini.

Setakat ini sahaja pengenalan ringkas saya pada kali ini.