Apa yang anda kejar?

May 7th, 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa yang anda kejar? Sedar tak sedar, ramai diantara kita lupa apa yang mereka kejar dalam hidup ini. Yelah, kejap nak masuk matrik, kejap nak masuk U, kejap nak jadi jutawan, kejap nak berniaga, kejap nak makan gaji…kejap, kejap dan kejap sampai pening kepala nih:roll:. Tulah sikap kebanyakan masyarakat kita terutamanya melayu yang mudah lupa apa matlamat asal mereka dan yang paling teruk matlamat mereka tidak jelas dan nyata.

Saya pasti anda pun mesti ada matlamat dalam hidup ini, tapi adakah anda kini sedang mengejarnya? Jika ya itu berita baik untuk anda, tapi jika sebaliknya hanya anda yang tahu jawapannya. Saya tertarik untuk menceritakan kisah perlumbaan si arnab dan kura-kura:smile: sebab cerita itu saya rasa amat sesuai dengan topik saya ini. Read the rest of this entry »

Bila nak mula??

May 3rd, 2008

Salam hormat pembaca yang dihormat,

Sedar tak sedar, saya dah menyepi selama 1 minggu sebab 1001 masalah yang timbul minggu lepas. :mad:Bermula dari streamyx kena block, :roll:atuk masuk hospital sebab pembedahan buah pinggang, rumah black out, :oops:“kapal pecah”, layan awek customer dan banyak lagi sehinggakan tak sempat nak update blog yang kerdil ni. Apapun jom ke topik kita “Bila nak mula?”.

Saya pasti bila ditanya soalan “Bila nak mula?” ikut la mula apa samada perniagaan, blogging, tackle awek menulis ebook, programming dan banyak lagi. Jawapan yang biasa kita dengar “saya tak bersedia lagi”, “masih banyak nak belajar” dan yang paling panas “saya masih tak sempurna lagi”. Inilah jawapan-jawapan yang biasa diberikan tapi kenapa kebayakannya banyak kearah negatif? Kenapa mereka beri jawapan-jawapan begini?:!:

Sebab utamanya kerana mereka rasa diri mereka tidak :cry:sempurna atau bersedia lagi dengan ilmu, pengetahuan, pengalaman dan idea yang ada. Ya sebab rasa “tidak sempurna dan tidak bersedia”. Bila wujud perasaan ni dalam diri, segala tindak tanduk kita akan terbatas dalam pelbagai aspek samada cara melihat peluang yang ada, cara pemikiran, dan yang paling teruk tiada keyakinan dalam diri sendiri untuk memulakan sesuatu. Read the rest of this entry »

Menerima, melupakan dan terus maju

April 25th, 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Menerima, melupakan dan terus maju. Itulah 3 teknik yang selalu saya amalkan untuk meneruskan “larian” saya dalam perniagaan internet ini. Tidak di nafikan semua orang disekeliling kita ada yang membantu dan ada juga yang melemahkan semangat ini.

Jadi selepas saya menerima banyak kritikan, nasihat dan 1001 lagi kata-kata dari orang lain, saya sedar yang bukan semuanya dapat membantu saya untuk terus maju. Ada kata-kata yang menusuk jiwa yang kecil ini dan ada juga kata-kata yang membakar semangat. Tapi banyak kata-kata yang menyedihkan dari kata kata-kata semangat:cry:. Jadi saya pun mengambil keputusan untuk amalkan 3 teknik ini iaitu menerima, melupakan dan terus maju. Dan ianya amat berkesan.

Menerima:smile:

Dalam buku Secret Of Millionaire Mind, saya cukup tertarik dengan kata-kata Harv. Dia mengatakan “Rich people are excellent receivers” manakala “Poor people are poor receivers”. Selepas membaca dan memikir 1 hari 1 malam, saya setuju dengan apa yang dikatakan beliau.

Orang kaya atau jutawan “menyerap” apa sahaja yang dapat menjadikan mereka kaya atau terus maju tidak kira “gula, garam, cili, budu, petai, belacan, durian” dan 1001 lg rasa yang mungkin tidak enak bagi mereka:eek:. Hasilnya pencapaian mereka akan meningkat dari masa ke masa hasil dari “rasa-rasa” tadi. Jadi untuk maju kita harus terima segala-galanya biarpun pedih kerana langkah ke kejayaan bukannya sesuatu yang mudah. Read the rest of this entry »

Aktif vs Pasif

April 22nd, 2008

Salam hormat pembaca yang dihormati,

Pendapatan aktif atau pendapatan pasif:?:? Yang mana menjadi pilihan anda dan yang mana lebih menguntungkan sebenarnya? Saya pasti setiap perkerjaan menghasilkan punca pendapatan yang berbeza-beza. Sebagai contoh perniagaan biasanya mendatangkan punca pendapatan pasif manakala jika makan gaji biasanya menghasilkan punca pendapatan aktif. Jadi bagaimana ingin mengenalpasti samada itu pendapatan aktif atau pasif?

Caranya cukup mudah, jika anda hanya menerima punca pendapatan hanya SEKALI dalam sebulan maka itu adalah punca pendapatan aktif. Segala usaha dan penat lelah anda hanya dibayar 1 kali dalam sebulan dan jika anda tidak datang disko kerja, anda tidak akan dibayar untuk hari itu:cry:.

Manakala jika anda menerima punca pendapatan LEBIH DARI SEKALI dalam sebulan maka itu adalah punca pendapatan pasif. Dengan kata lain segala penat lelah anda selama ini akan dibayar berkali-kali dan berterusan sehingga tua:shock:. Pasti seronok tahap %^&* jika kita dibayar beratus-ratus kali dalam masa 1 hari dan beribu-ribu kali dalam sebulan dan berjuta-juta kali dalam setahun:eek:. Read the rest of this entry »

Apa erti kaya?

April 20th, 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semua orang nak jadi kaya tidak kira orang yang malas berusaha mahupun orang yang gigih berusaha. Tapi apakah erti kekayaan sebenarnya? Adakah sekadar ada wang RM 1 juta atau memiliki rumah besar, bini kereta besar dan segala-galanya besar? :shock:TIDAK!!!

Erti kekayaan meluputi banyak aspek sebenarnya dan ramai orang yang hanya tertumpu pada satu iaitu kaya wang atau harta. Inilah punca utama kenapa hanya segelintir yang dapat mencapai cita-cita mereka untuk kaya. Ada 5 sebenarnya elemen kekayaan yang mana dapat menjadikan seseorang itu benar-benar “kaya”. Iaitu:

  1. Kaya semangat
  2. Kaya input
  3. Kaya gagasan
  4. kaya ibadat
  5. Kaya hati
  6. Kaya harta (merupakan bonus kerana ianya akan tercapai dengan sendirinya setelah kelima-lima perkara diatas diperoleh):lol:

Read the rest of this entry »

Bukan gagal tapi belum berjaya

April 17th, 2008

Salam hormat pembaca yang dihormati,

Saya rasa ramai diantara kita yang masih belum berjaya dalam hidup masing-masing termasuk saya sendiri:oops:. Tapi adakah itu bermaksud kita telah gagal? TIDAK!. Kita bukannya gagal tapi masih belum berjaya. Saya pasti anda sekarang pasti sudah jemu menunggu kejayaan, tapi untuk berjaya kita harus meneruskan (usaha) tanpanya barulah matlamat kita dapat dicapai.

Saya cukup tertarik dengan kisah kejayaan Thomas Alva Edison. Beliau berkerja 18 jam sehari dan mengambil masa 10 tahun untuk berjaya menghasilkan bateri nikel-besi-kadmium. Beliau telah melakukan klasifikasi kepada 17,000 jenis tumbuhan sebelum berjaya mengeluarkan lateks daripada 1 jenis tumbuhan sahaja. HANYA 1.

Thomas Alva Edison juga berjaya mencipta lampu setelah berusaha lebih 10,000 kali. Akhirnya beliau membuktikan kejayaannya apabila berjaya mempatenkan sebanyak 1093 jenis rekaan, walaupun hanya menghadiri sekolah hanya 6 bulan sahaja. Read the rest of this entry »

Apa yang dimiliki oleh orang yang berjaya?

April 15th, 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya ingin berkongsi sedikit info yang saya petik dari buku motivasi yang saya baca iaitu apa yang dimiliki oleh orang-orang yang berjaya. Ini 5 perkara yang dimiliki oleh orang-orang yang berjaya selepas dibuat penelitian terhadap 1500 orang yang dipilih secara rambang.

1. Akal yang sihat.
Akal yang sihat merupakan perkara terpenting yang memungkinkan anda berjaya. Akal yang sihat bererti kemampuan untuk menyederhanakan permasalahan, dengan kata lain mengubah perkara rumit menjadi mudah. Cara untuk meningkatkan kemapuan akal yang sihat adalah dengan mengamati akal sihat orang-orang yang berjaya, belajar dari kesalahan orang lain dan dari kesalahan diri sendiri.:wink:

2. Kuasai bidang anda
Pengetahuan khusus mengenai bidang anda merupakan perkara kedua terpenting. 3/4 daripada orang yang berjaya daripada 1500 bersetuju dengan pendapat ini. “Kerjakan pekerjaan yang anda pakar!”, itulah kata-kata seorang timbalan presiden sebuah industri. “Tidak ada apa yang lebih menunjang kejayaan dibandingkan dengan pengetahuan tentang apa yang anda lakukan. Ini memperkecilkan risiko dan berfungsi sebagai polisi insuran bagi kemampuan anda”. Dengan pakar bidang yang anda ceburi, anda dapat menyelesaikan segala permasalah dengan lebih mudah dan terancang.

Pengetahuan khusus bukannya sesuatu yang boleh kita perolehi begitu sahaja tetapi memerlukan proses yang memakan masa untuk pakar. “Untuk meraih kejayaan, anda harus menginginkannya. Kemudian anda perlu berusaha mempertahankannya (utk terus berjaya)”, demikianlah kata timbalan presiden itu. Read the rest of this entry »

Mailing list

April 14th, 2008

Salam hormat pembaca yang dihormati,

Teknik mailing list mungkin sudah tidak asing lagi bagi IM kini. Mailing list merupakan teknik mengumpul nama dan email pelanggan atau pembaca setia anda tujuan kegunaan masa depan terutamanya dalam pemasaran.

Teknik mailing list boleh dilakukan dalam 3 (yang saya tau) cara iaitu:

  • Opt in
  • Subscribe
  • Pembelian produk
  • Teknik PPC dan SEO untuk medapatkan traffic. (support)

Dengan adanya list yang besar, anda tidak perlu bersusah payah mengiklankan produk anda di bahagian pengiklanan surat khabar, website dan sebagainya kerana anda sudah ada pelanggan anda sendiri iaitu list anda. Read the rest of this entry »

Tip menarik pembaca

April 13th, 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya ingin berkongsi sedikit tip menulis articles yang dapat menarik ingin tahu pembaca untuk terus membaca articles anda. Saya petik sedikit tip dari beberapa otai dan buku.

Antara tip-tip itu adalah:

  • Pastikan articles anda padat dan simple - Memudahkan untuk para membaca mengatahui point-point yang anda ingin sampaikan.
  • Jangan melarut-larut - Pastikan articles anda tidak berbual kosong kerana ini akan memyukarkan pembaca mendapatkan main point articles anda. Juga boleh membuatkan pembaca bosan dan malas untuk terus membaca.
  • Gunakan media - Masukkan gambar atau video lucah agar articles anda lebih menarik dan kreatif. Secara tidak langsung respon pembaca juga turut meningkat.
  • Berikan Isi penting dalam bentuk point - Merunut kajian kita lebih mudah mengingati ayat yang pendek dan khusus (point) berbanding ayat yang berjela-jela serta dapat menarik minat pembaca kerana ia menjimatkan masa mereka untuk mengetahui apa yang anda cuba sampaikan.

Read the rest of this entry »

Mentaliti

April 12th, 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya cuma nak sampaikan pesanan Gobala Krishnan kepada anda. Klik PLAY untuk mendengar apa yang Gobala Krishnan ingin katakan.

“Ok…cabaran pertama adalah semasa saya mula-mula nak start perniagaan internet, saya rasa saya asyik membelanjakan duit sahaja. Duit keluar, keluar dan keluar tapi tak masuk-masuk. Kalau duit masuk pun Read the rest of this entry »