Menerima, melupakan dan terus maju

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Menerima, melupakan dan terus maju. Itulah 3 teknik yang selalu saya amalkan untuk meneruskan “larian” saya dalam perniagaan internet ini. Tidak di nafikan semua orang disekeliling kita ada yang membantu dan ada juga yang melemahkan semangat ini.

Jadi selepas saya menerima banyak kritikan, nasihat dan 1001 lagi kata-kata dari orang lain, saya sedar yang bukan semuanya dapat membantu saya untuk terus maju. Ada kata-kata yang menusuk jiwa yang kecil ini dan ada juga kata-kata yang membakar semangat. Tapi banyak kata-kata yang menyedihkan dari kata kata-kata semangat:cry:. Jadi saya pun mengambil keputusan untuk amalkan 3 teknik ini iaitu menerima, melupakan dan terus maju. Dan ianya amat berkesan.

Menerima:smile:

Dalam buku Secret Of Millionaire Mind, saya cukup tertarik dengan kata-kata Harv. Dia mengatakan “Rich people are excellent receivers” manakala “Poor people are poor receivers”. Selepas membaca dan memikir 1 hari 1 malam, saya setuju dengan apa yang dikatakan beliau.

Orang kaya atau jutawan “menyerap” apa sahaja yang dapat menjadikan mereka kaya atau terus maju tidak kira “gula, garam, cili, budu, petai, belacan, durian” dan 1001 lg rasa yang mungkin tidak enak bagi mereka:eek:. Hasilnya pencapaian mereka akan meningkat dari masa ke masa hasil dari “rasa-rasa” tadi. Jadi untuk maju kita harus terima segala-galanya biarpun pedih kerana langkah ke kejayaan bukannya sesuatu yang mudah.

Melupakan:cry:

Tidak semua kritikan dan kata-kata dapat membantu kita terus maju. Sebagai contoh kata-kata begini “Mung xsoh r koya nk jadi kayo, ngaji xlah mano ado angan-angan nk jd jutawan, pii raahhh!!”:mad: . Ini antara kata-kata yang kita kena lupakan. Tiada guna menerima kata-kata begini sebab ianya tidak membantu 1sen pun kita maju ke hadapan. Saya tertarik dengan kata-kata Chris Gardner dalam cerita The Persuit Of Happiness “Don’t let anyone tell u can’t do something. You got a dream and u gotta protect it. They wanna tell u can’t do it, forget what they say. If you want something go get it”.

Saya ulang hampir 10 kali nak paham betul-betul maksud tu…hehe. Apa yang dikatakannya betul, lupakan kata-kata yang tak memberi manafaat, buat apa menerima kata-kata begitu. Kita ada cita-cita dan kita berusaha mencapainya serta mempertahankannya, orang lain tidak berhak menghina atau mengatakan kita tidak akan berjaya kecuali diri kita sendiri. Betul tak?

Terus Maju:!:

Terus maju. Itulah teknik terakhir yang saya amalkan selepas menerima dan melupakan kritikan-kritikan serta kata-kata dari orang sekeliing. Terus maju yang saya maksudkan disini maju kehadapan dengan mengambil kritikan atau kata-kata tadi sebagai panduan dan tip untuk membaiki diri kearah yang lebih baik. Apa gunanya menerima banyak kritikan dan nasihat jika kita tetap sama mengulangi kesilapan yang sama? Tiada guna jugak.

Jadi itulah antara teknik-teknik yang saya amalkan apabila mendapat kritikan atau nasihat dari sekeliling. Saya harap ianya dapat membantu anda sedikit sebanyak.:lol:

4 Responses to “ Menerima, melupakan dan terus maju ”

  1. kakeruNo Gravatar (2 comments.) Says:

    Yup, betul tu. Ramai kawan pun tak semestinya membantu. Kdg2 mereka ni ada penyakit PHD, tak suka tengok org lebih sikit dr diri sendiri…hmm, apa nak buat, itulah manusia…

    That’s why pentingnya bulatan kenalan kpd kita, dgn siapa kita berkawan. Cara saya, klu saya nak cerita bab2 jutawan ke, hartawan ke, dermawan ke…saya pilih org yg ada desire yg sama.

    Elakkan drpd bcerita dgn org yg tidak faham apa yg kita cerita, takut kita pula yg tension nanti.

  2. ecarosNo Gravatar Says:

    hagaga…saya setuju kata2 kakeru. pilih kenalan yg satu kepala br betul. Kalau silap pilih kawan boleh kata-kata yg memedihkan la jwbnya.

    Setakat ni hanya keluarga yg kurang bg support..huhu :cry: . Rakan2 dah ok kot…Maybe 1 atau 2 bulan lg diorang bleh la terima saya seadanya sekarang..hehe

    Apapun jgn jdkan tu sbg penghalang utk capai cita2 kita. Kita semua ada cita2 masing2 dan hanya kita yg bleh pertahankannya, bukannya org lain.

  3. orizzNo Gravatar (1 comments.) Says:

    Yang penting kita tahu tentang diri kita. Kita tidak mampu membahagiakan semua orang. Semua orang tidak akan setuju jawapan kita sentiasa. Yang penting keyakinan kita terhadap jawapan kita dan berani menerima kritikan membina.

  4. abdfatahNo Gravatar (1 comments.) Says:

    kena kutuk ke? hehehe… biasalah kalo kita nak nak cipta kejayaan pastinya ada cabarannya. yang pentingnya bagaimana cabaran itu kita hadapi. pilihan di tangan kita untuk mengalah atau untuk terus maju ke hadapan. bukan mudah nak lupakan apa yang orang kritik itu ini tambah2 lagi kalo kita terlalu terfikir2kan apa yang orang kata.

    apa yang peliknya orang yang mengutuk kita tu dah tak ingat dah apa yang derang kata pada kita. ikut sedap hati derang aje. lepas tu ulang balik dalam nada yang lain. lepas tu lupa balik. kita aje yang asyik teringat2 sehingga membantutkan kemajuan untuk kita maju.

    mereka?

Leave a Reply