Ikut impian anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terdapat 1 formula yang menjanjikan bukan sahaja kebahagian malah kekayaan dalam hidup ini, iaitu ikut impian anda, mudah kata lakukan apa yang anda suka lakukan.

Sedar tidak sedar, tidak semua dari kita kini berada dilandasan yang betul, maksud saya landasan impian @ cita-cita kita. Ramai yang terpesong dari impian mereka termasuk diri saya sendiri. Yang paling menyedihkan, menakutkan, mengecewakan dan 1001 lagi perasaan yang tidak dapat diluahkan melalui kata-kata, kita melakukan apa yang kita tidak suka dan lebih dahsyat perkara yang kita benci, bukannya perkara yang kita impikan atau suka lakukan. Antara sebabnya kerana terpaksa dan tiada pilihan.

Tiada pilihan dan terpaksa?

Saya rasa melakukan sesuatu kerana tiada pilihan dan terpaksa bukanlah jalan penyelesaiannya malah memburukkan lagi keadaan. Ketahuilah setiap perkara anda penyelesaiannya kecuali mati. Bayangkan jika kita terpaksa belajar perkara yang kita benci, melakukan kerja yang kita tidak suka dan paling teruk menghabiskan berpuluh-puluh tahun melakukan semua itu. Hanya 3 perkataan yang dapat saya ungkapkan, “Itu kerja gila!”. Kita boleh sebenarnya menambah plilihan dalam hidup ini, iaitu dengan melakukannya dengan cara kita sendiri bukannya cara biasa. Kita tiada pilihan dan terpaksa kerana kita ikut bulat-bulat langkah mencapainya. Ada banyak sebenarnya cara untuk mencapai impian dan yang pasti ianya tidak semesti terletak di insitut pengajian tinggi atau kolej. Bayangkan bagaimana usahawan-usahawan dahulu masa zaman Rasullulah boleh berjaya dalam perniagaan walaupun tidak belajar pasal business managment, finance managment dan sebagainya? Apa yang saya ingin katakan ilmu untuk berjaya tidak hanya ada dikolej atau U tetapi dimana-mana. Jadi kenapa kita harus belajar atau berkerja tentang apa yang kita tidak suka atau benci? kenapa tidak ikut impian yang kita impi-impikan selama ini? Jawapan yang dapat saya berikan, “Tidak berani tanggung risiko”.

Berani tanggung risiko?

Ok, katakan impian anda menjadi full time artist atau designer atau internet marketer dan anda luahkan impian anda itu kepada kedua ibu bapa anda, mati sakit jantung saya rasa kedua orang tua anda dan yang pasti kedua-dua mereka menentang keras hasrat anda itu. Yelah, orang tua kita semua pasti berharap “nak, nanti besar jadi engineer ye!”, “nak, nanti besar kerja gaji besar-besar ye”, “nak, nanti masuk U belajar baik-baik ye”, “nanti besar jadilah ‘binatang peliharaan’ kerajaan ye” dan banyak lagi hasrat-hasrat mereka. Tapi adakah anda sedar yang hidup anda adalah milik anda dan bukannya milik kedua ibu bapa anda? Jadi kenapa anda harus ikut kemahuan ibu bapa anda, jika anda tidak suka dengan hasrat dan impian mereka (kalau nasihat orang tua tu ikut la, jangan buat dek je)? Kenapa tidak melakukan apa yang anda impikan dan anda suka? Seperti saya katakan sebelum ini, “Tidak berani tanggung risiko”.

Jika anda ikut kemahuan anda bukannya kemahuan keluarga anda, hanya satu yang pasti, Perang Dunia ketiga akan tercetus! Tapi ingat, hidup ini hanya sekali dan adakah anda ingin lakukan perkara yang anda tidak suka sepanjang hayat anda? Mestilah tidak bukan. Jika saya, saya sanggup berperang dingin dengan kedua ibu bapa saya selama setahun daripada menyesal sepanjang hayat saya kerana tidak ikut impian yang saya impi-impikan. Setiap perkara ada risikonya dan setiap risiko itu ada udang disebalik mee, betul tak? Jadi ikut impian anda walaupun ianya berisiko daripada melakukan sesuatu yang kita benci/tidak suka tetapi selamat.

Kita suka maknanya kita akan berjaya

Tiada kerjaya di dunia ini yang akan menjadikan kita berjaya seterusna kaya jika ianya sesuatu yang kita tidak suka atau lebih teruk lagi benci. Bayangkan jika anda minat menukis dan ibu bapa anda suruh menjahit, maka tidak terserlahlah bakat melukis anda yang menyinar-yinar tu, yang lebih teruk anda mungkin akan feed up dan tidak “fire” semasa melakukannya (berjahit), yelah buat benda yang kita tidak suka atau benci sesiapa pun takkan seronok atau bersungguh kan. Menghalang anda daripada melakukan perkara yang impikan sebenarnya samalah seperti menyuruh anda berhenti bernafas, yelah berkerja tetapi tidak bersungguh dan syok samalah seperti hidup tapi sebenarnya mati.

Kita tidak mungkin akan benar-benar berjaya jika apa yang kita lakukan tidak kena dengan minat kita. Ianya samalah seperti bersukan. Jika anda seorang peminat dan pemain bola sepak yang handal tetapi anda terlibat dalam golf. Tidak mungkin anda akan menyerlah dalam golf, samalah seperti menjahit yang saya katakan tadi. Ianya kerana itu bukan dunia anda, dunia anda adalah “bola” bukannya “kayu golf” maka anda tidak mungkin arif dan pakar dalam dunia golf. Apa yang anda minat atau suka mestilah sesuatu yang anda pakar bukan? Jadi kenapa melakukan kerja yang anda tidak pakar atau minat? Saya rasa hanya anda yang tahu sebabnya. Bak kata orang makan bola, tidur bola, main bola, hidup bola semuanya bola tetapi tiba-tiba wujud golf dalam kamus hidup anda, pasti rosak teruk jadinya.

Adakah anda sanggup?

Adakah anda sanggup berkerja tetapi tidak dibayar 1 sen pun? Adakah anda sanggup menghabiskan 12 jam berkerja sehari suntuk? Adakah anda sanggup tiada cuti dalam seminggu, sebulan atau setahun? Mestilah tidak sanggup bukan. Tapi jika ianya perkerjaan atau sesuatu yang anda impikan @ minat @ suka, lautan bergelora gunung berapi dan ribut taufan pun sanggup anda tempuhi. Saya ambil contoh tadi, bola. Anda mesti sanggup bermain bola walaupun tidak dibayar 1 sen pun kerana itulah perkara yang anda pakar dan minat. Anda sanggup bermain setiap hari walaupun tiada cuti kerana itulah yang anda impikan bukan. Jadi konsepnya samalah seperti perkerjaan-perkerjaan lain. Anda akan sanggup berkorban apa sahaja jika ianya sesuatu yang anda suka walaupun pahit, pedih, sakit dan 101 rasa yang tidak menyenangkan.

Tapi cuba bayangkan betapa indahnya jika anda dibayar untuk setiap perkara yang anda sanggup lakukan secara percuma ini. Perkara yang anda suka. Pasti seronok tidak terhingga bukan. Itulah yang saya katakan nikmat berkerja, kita gembira melakukannya walaupun masa dapat RM 1 dan lebih gembira apabila mendapat RM 1 juta. Yang pasti gembira kerana itulah impian anda.

Kejar impian maka wanglah yang datang

Baiklah sekarang soal wang atau pendapatan. Memang inilah yang sering dititik beratkan oleh setiap orang di dunia ni kerana money make the world go round, betul tak. Jika anda melakukan apa yang anda impikan, minat dan suka, tidak mustahil anda akan jadi pakar dalam bidang itu. So, bila pakar sesiapa pun akan cari anda, mudah kata duitlah yang datang. Saya sekali lagi ambil contoh bola. Jika anda minat bola, handal bermain bola dan arif tentang bola, peluang wang datang tu amat amat cerah walaupun di Malaysia tidak seberapa cerah. Ianya kerana bila anda arif atau pakar dalam sesuatu, orang akan datang kepada anda secara automatik dan secara tidak langsung duit juga akan turut beratur didepan anda. Memanglah hidup ini memerlukan wang, takkan nak makan pasir kan. Tetapi akan tiba satu tahap yang mana wang sudah tiada makna lagi pada anda, tahap itu adalah apabila anda feed up dengan perkerjaan anda, hilang minat berkerja, putus asa dan tua kelak. Apa gunanya wang yang melimpah jika kita tidak suka setiap saat yang kita lakukan? Jadi usah kejar wang, kerjarlah impian anda kerana wang akan datang dengan sendirinya selepas itu.

Pernahkan anda terfikir kenapa millionaire malah billionaire seperti Donald Trump atau Syed Mokhtar al-Bukhari masih berkerja keras walaupun asetnya sudah membolehkan dia goyang pinggul kaki di rumah. Semuanya kerana itulah perkara yang dia minat dan perkara yang dia impikan. Di tahap ini wang bukannya main reason kenapa dia terus berkerja, tetapi minat dan suka. Menyuruh Donald Trump berehat dirumah dan usah berkerja selama-lamanya samalah seperti menyuruh dia berhenti bernafas kerana itulah hidupnya. Ingatlah wang ada dimana-mana dan boleh dicari dengan mudah tetapi impian kita tiada dimana-mana kecuali di dalam diri kita sendiri. Jika kita tidak mencapainya, apa lagi yang ingin kita capai?

Jadi ringkaskan cerita ikutlah impian anda kerana setiap saat yang berlaku tidak boleh di-rewind. Adakah anda ingin habiskan setiap saat anda dengan perkara yang anda tidak suka, mestilah tidak bukan. So, mulalah sekarang sebelum semuanya sudah terlambat buat anda untuk mencapai impian anda.

Itu sahaja saya rasa buat kali ini, wasallam… :wink:

Leave a Reply