Bukan gagal tapi belum berjaya

Salam hormat pembaca yang dihormati,

Saya rasa ramai diantara kita yang masih belum berjaya dalam hidup masing-masing termasuk saya sendiri:oops:. Tapi adakah itu bermaksud kita telah gagal? TIDAK!. Kita bukannya gagal tapi masih belum berjaya. Saya pasti anda sekarang pasti sudah jemu menunggu kejayaan, tapi untuk berjaya kita harus meneruskan (usaha) tanpanya barulah matlamat kita dapat dicapai.

Saya cukup tertarik dengan kisah kejayaan Thomas Alva Edison. Beliau berkerja 18 jam sehari dan mengambil masa 10 tahun untuk berjaya menghasilkan bateri nikel-besi-kadmium. Beliau telah melakukan klasifikasi kepada 17,000 jenis tumbuhan sebelum berjaya mengeluarkan lateks daripada 1 jenis tumbuhan sahaja. HANYA 1.

Thomas Alva Edison juga berjaya mencipta lampu setelah berusaha lebih 10,000 kali. Akhirnya beliau membuktikan kejayaannya apabila berjaya mempatenkan sebanyak 1093 jenis rekaan, walaupun hanya menghadiri sekolah hanya 6 bulan sahaja.

Lihatlah walaupun Thomas Alva Edison tidak berpelajaran tinggi tapi beliau tetap “berjaya” dalam hidupnya, manakala kita yang mendapat ilmu bertahun-tahun disekolah dan universiti kenapa tidak boleh berjaya sepertinya? Sebab utamanya kerana tidak sabar untuk kejayaan dan tiada usaha yang kuat. Beliau sendiri mengambil masa yang agak lama untuk berjaya iaitu 10 tahun untuk berjaya menghasilkan bateri nikel-besi-kadmium.

Begitu juga kisah Koloner Sanders iaitu pengasas KFC. Mereka bukannya gagal pada mulanya tapi belum berjaya sehinggalah sampai satu tahap, segala usaha mereka membuahkan hasil. “Ilham orang yang genius hanya menyumbang 1% kepada kejayaan, manakala 99% lagi adalah usaha yang gigih” kata Thomas Alva Edison.

Jadi teruskan usaha anda kini kerana anda bukannya gagal tapi masih belum berjaya menjadi jutawan atau sebagainya. Ingatlah “Kejayaan merupakan sebuah tangga bukannya sebuah pintu“. Apa maknanya? Maknanya kita harus bermula dari bawah (newbie) dan langkah setapak demi setapak menuju puncak kejayaan. Bukannya berusaha sikit lalu terus menjadi jutawan atau berjaya.:wink:

Rumusannya:

  • Kita bukannya gagal tapi belum berjaya.:smile:
  • Hanya usaha gigih kunci utama untuk berjaya.
  • Kejayaan bukannya sesuatu yang dapat dicapai dalam masa yang singkat tapi memakan masa dan memerlukan pengorbanan untuk mencapainya.

One Response to “ Bukan gagal tapi belum berjaya ”

  1. ijamidayuNo Gravatar (2 comments.) Says:

    Tanpa memulakan langkah yang pertama kita takkan ke langkah yang kedua. memang semua ada pengalaman masing-masing dalam menjalankan perniagaan.. Mungkin langkah ke 100 adalah langkah JUTAWAN untuk kita.
    Apa pun nice sharing bro..

Leave a Reply