Bila nak mula??
Salam hormat pembaca yang dihormat,
Sedar tak sedar, saya dah menyepi selama 1 minggu sebab 1001 masalah yang timbul minggu lepas.
Bermula dari streamyx kena block,
atuk masuk hospital sebab pembedahan buah pinggang, rumah black out,
“kapal pecah”, layan awek customer dan banyak lagi sehinggakan tak sempat nak update blog yang kerdil ni. Apapun jom ke topik kita “Bila nak mula?”.
Saya pasti bila ditanya soalan “Bila nak mula?” ikut la mula apa samada perniagaan, blogging, tackle awek menulis ebook, programming dan banyak lagi. Jawapan yang biasa kita dengar “saya tak bersedia lagi”, “masih banyak nak belajar” dan yang paling panas “saya masih tak sempurna lagi”. Inilah jawapan-jawapan yang biasa diberikan tapi kenapa kebayakannya banyak kearah negatif? Kenapa mereka beri jawapan-jawapan begini?![]()
Sebab utamanya kerana mereka rasa diri mereka tidak
sempurna atau bersedia lagi dengan ilmu, pengetahuan, pengalaman dan idea yang ada. Ya sebab rasa “tidak sempurna dan tidak bersedia”. Bila wujud perasaan ni dalam diri, segala tindak tanduk kita akan terbatas dalam pelbagai aspek samada cara melihat peluang yang ada, cara pemikiran, dan yang paling teruk tiada keyakinan dalam diri sendiri untuk memulakan sesuatu.
Saya cukup tertarik kata-kata Said Bin Jubair “Jika seseorang itu tidak mahu mengajak (menuju) kepada yang markruf (kejayaan) dan mencegah yang mungkar (kegagalan) sehinggalah dia berada dalam keadaan sudah sempurna, maka tidak akan ada sesiapa pun yang mengajak kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar”. Iman Malik setuju dengan kenyataan itu dan menambah “Dan siapakah diantara kita yang lengkap dan sempurna?”
Iman Al-Hasan pun berkata “Siapakah diantara kita yang melaksanakan kesemua perkara yang diserunya (Nabi Muhammad Saw)? Syaitan amat menyukai apabila manusia terpedaya oleh sikap ini, sehinggalah akhirnya tiada sesiapa pun yang mahu mengajak kepada yang makruf (kejayaan) dan mencegah yang mungkar (kegagalan).”
Dari kata-kata tokoh diatas, dapat dijelaskan yang tiada sesiapa pun diantara kita yang sempurna dan lengkap samada iman, pengetahuan dan segala-galanya. Pasti ada kekurangan dan kita tidak mungkin sempurna sebab kita adalah “manusia” iaitu hamba Allah yang maha esa
.
Kesemua orang-orang yang berjaya memulakan kejayaan mereka dari “kosong” atau tidak bersedia 100%. Mereka hanya “mula” berlari dan terus berlari kerana untuk mencapai kejayaan bukannya seperti melalui sungai yang lurus (dah nampak halangan dan kejayaan didepan mata), tapi seperti melalui sungai yang berliku-liku. Kita tidak nampak apa yang ada disebalik liku-liku tersebut sehinggalah kita tiba satu cabang ke satu cabang seterusnya.
Ingatlah kita tidak akan bersedia dan tidak akan sempurna buat selama-lamanya. Yang kita boleh lakukan hanyalah mula “berlari” kerana bagi saya tindakan itu lebih penting dari berfikir panjang.
May 3rd, 20082:45 pm at
Tang tackle awek tu paling susah untuk saya mulakan walaupun umur dah tahap patut kawen.. susah jadi pemalu ni.. tapi sekarang sedang mencuba habis-habisan..
May 3rd, 20083:51 pm at
hagaga…sy sokong zool 90%…hehe. Silap2 kena reject nangis 2hari 2malam la jwbnya
…hagaga
May 4th, 20081:13 am at
Tak perlu terlalu sempurna kerana kita tidak akan sempurna 100% yang penting apa yang kita nak buat buat aje selagi tak langgar undang2 la…Yang penting..Kita kena berusaha..tak perlu bersedia atau tidak…heee..
Kalau bab awek tu..ehhee…dapat arr takle awek tu..hehe…
Ni sama kes ngan labanon,..macam nak kahwin je..hehe
May 4th, 20084:38 am at
huhu..mesti arr nak kahwin awl
.hagaga, byk nikmat kahwin nih..tmbah rezeki, tmbah amalan ibadat n yg pling penting ada pembakar semangat utk berjaya…fuhh..
beznye… tp tanggungjwb pun bertmbah byk
Apapun semuanya mesti bermula dari anda. Yelah, sbg cth. kalau duit hantaran dah ada, dah layak utk kahwin tp calon isteri xde xguna jugak kan? Jd kalau nk tackle awek atau buat sesuatu benda tu, buat je jangan pikir panjang2 sbb kita xhau samada berjaya atau tak. kalau melepas menyesal xsudah
, tp kalau ada rezeki atau jodoh hehe, xtidor mlm la jwbnya sbb seronok 