Apa yang dimiliki oleh orang yang berjaya?
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya ingin berkongsi sedikit info yang saya petik dari buku motivasi yang saya baca iaitu apa yang dimiliki oleh orang-orang yang berjaya. Ini 5 perkara yang dimiliki oleh orang-orang yang berjaya selepas dibuat penelitian terhadap 1500 orang yang dipilih secara rambang.
1. Akal yang sihat.
Akal yang sihat merupakan perkara terpenting yang memungkinkan anda berjaya. Akal yang sihat bererti kemampuan untuk menyederhanakan permasalahan, dengan kata lain mengubah perkara rumit menjadi mudah. Cara untuk meningkatkan kemapuan akal yang sihat adalah dengan mengamati akal sihat orang-orang yang berjaya, belajar dari kesalahan orang lain dan dari kesalahan diri sendiri.![]()
2. Kuasai bidang anda
Pengetahuan khusus mengenai bidang anda merupakan perkara kedua terpenting. 3/4 daripada orang yang berjaya daripada 1500 bersetuju dengan pendapat ini. “Kerjakan pekerjaan yang anda pakar!”, itulah kata-kata seorang timbalan presiden sebuah industri. “Tidak ada apa yang lebih menunjang kejayaan dibandingkan dengan pengetahuan tentang apa yang anda lakukan. Ini memperkecilkan risiko dan berfungsi sebagai polisi insuran bagi kemampuan anda”. Dengan pakar bidang yang anda ceburi, anda dapat menyelesaikan segala permasalah dengan lebih mudah dan terancang.
Pengetahuan khusus bukannya sesuatu yang boleh kita perolehi begitu sahaja tetapi memerlukan proses yang memakan masa untuk pakar. “Untuk meraih kejayaan, anda harus menginginkannya. Kemudian anda perlu berusaha mempertahankannya (utk terus berjaya)”, demikianlah kata timbalan presiden itu.
3. Kepercayaan diri ![]()
2/3 daripada responden mengatakan bahawa mereka sudah mempunyai tujuan yang jelas untuk kehidupan dan kejayaan mereka. Kepercayaan ialah kesediaan menjadi seorang pemula dan berkemampuan untuk menyelesaikan projek yang telah dimulai. Kepercayaan seterusnya adalah berbangga dengan bidang yang diceburi bukan hanya berbangga dengan perkerjaan yang dilakukan, tapi bersedia mengorbankan berjam-jam untuk melakukannya sehari. Yang paling penting anda percaya pada diri anda yang anda dapat melakukan apa sahaja untuk berjaya walaupun ianya agak sukar tapi tiada apa yang mustahil didunia ini.![]()
4. Kecerdasan umum
Kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa banyak jenis kecerdasan yang tidak dapat diukur dengan metod-metod biasa, seperti test I.Q. Apa yang menarik responden yang berjaya mempunyai IQ yang cukup tinggi dengan nilai purata 140. Kecerdasan umum mereka terdiri daripada paling kurang 3 unsur disamping IQ iaitu:
- Wawasan yang luas dan
- kemampuan membaca dan menulis dengan baik.
Sebelum penyelidikan itu rata-rata mereka telah membaca 19 buah buku samada ilmiah mahupun non-fiksyen. Seorang eksekutif kewangan mengungkapkan bahawa “Akal yang suka menyelidik dan minat yang cukup mendalam merupakan dasar untuk meraih kejayaan”.
5. Kemampuan untuk mengerjakan sampai selesai
Hampir 3/4 golongan yang memiliki prestasi yang tinggi merupakan orang yang “sangat efisien” dalam menyelesaikan tugas mereka. Mereka bersetuju bahawa paling 3 ciri penting ini membantu mereka menyelesaikan tugasan mereka:
- kemampuan organisasi.
- kebiasaan kerja yang baik.
- ketekunan.
Seorang profesor fizik mengatakan bahawa faktor kejayaan sebagai berikut “Berkerja keras dan gigih dengan kemampuan untuk menjadikan diri sebagai teladan”. Dia mengakui bahawa dia berkerja hingga 100 jam seminggu untuk menyelesaikan tugasan beliau (14 jam sehari).![]()
Itulah 5 ciri terpenting yang dimiliki oleh orang-orang yang berjaya. Ini ciri-ciri lain yang mempergaruhi kejayaan seseorang selain 5 ciri diatas.
- Kepimpinan
- kreativiti
- hubungan dengan orang lain dan
- tidak lupa tuah atau nasib baik.

Rumusannya: Tidak kira apa perkerjaan yang anda lakukan, anda boleh memperoleh kejayaan dan kekayaan. Bahkan seorang penjual surat khabar pun boleh menjadi kaya dan berjaya dengan adanya ciri-ciri diatas dan saya telah temui seorang di Kelantan (Penjual surat khabar yang kaya).![]()