Apa yang anda kejar?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa yang anda kejar? Sedar tak sedar, ramai diantara kita lupa apa yang mereka kejar dalam hidup ini. Yelah, kejap nak masuk matrik, kejap nak masuk U, kejap nak jadi jutawan, kejap nak berniaga, kejap nak makan gaji…kejap, kejap dan kejap sampai pening kepala nih:roll:. Tulah sikap kebanyakan masyarakat kita terutamanya melayu yang mudah lupa apa matlamat asal mereka dan yang paling teruk matlamat mereka tidak jelas dan nyata.

Saya pasti anda pun mesti ada matlamat dalam hidup ini, tapi adakah anda kini sedang mengejarnya? Jika ya itu berita baik untuk anda, tapi jika sebaliknya hanya anda yang tahu jawapannya. Saya tertarik untuk menceritakan kisah perlumbaan si arnab dan kura-kura:smile: sebab cerita itu saya rasa amat sesuai dengan topik saya ini.

Semua orang tahu yang si arnab lari lebih laju dari kura-kura. Walaupun si kura-kura lambat tapi ia ada matlamat yang jelas dan nyata iaitu lari sampai ke “garisan penamat” untuk menang manakala si arnab tiada matlamat yang jelas dan nyata, yang si arnab tahu hanyalah menang perlumbaan itu. Pendekkan cerita, si arnab tertidur dan si kura-kura yang menang mudah-mudah perlumbaan itu. Ending cerita tu saya tak ingat sebab banyak sangat, tapi yang penting pengajaran cerita ini:grin:.

Dalam hidup ini pun sama macam perlumbaan tu, mesti ada matlamat yang jelas dan nyata untuk mencapai sesuatu walaupun ianya mustahil. Dalam Islam sendiri sudah menjelaskan dengan detail dan lengkap bagaimana caranya mengejar matlamat kita. Cara ini diajar sendiri oleh Rasulullah SWT iaitu niat semasa sembahyang. “Sesungguhnya setiap amalan dimulakan dengan niat” kata rasullulah kerana niat bertujuan merancang apakah perkara yang anda hendak capai daripada perbuatan itu. Contohnya, kalau kita nak solat zohor, maka niatnya “saya bersolat Zohor empat rakaat sebagai iman/makmum kerana Allah”.

Dalam niat itu sudah merangkumi segala-galanya perbuatan yang bakal kita lakukan bermula dari apa perbuatan yang akan dilakukan, apa jenis, bagaimana kaedah, apa yang hendak dicapai daripada perbuatan itu. Ringkasnya:

Kerja: Solat
Jenis: Zohor yang mempunyai empat rakaat
Bagaimana: Secara berjamaah
Matlamat: Kerana keredaan Allah

Bayangkan kalau kita solat tanpa niat yang jelas dan nyata, “saya solat kerana Allah”. Pasti kucar kacir satu jemaah tu kan. Ada yang solat ikut imam, ada yang solat sunat, ada yang solat tak cukup rakaat dan yang paling teruk solat kita tidak sah:roll:. Begitu juga dalam kehidupan ini kalau takde matlamat yang jelas dan nyata, habis kucar-kacir kerja yang kita lakukan. Sebagai contoh, matlamat saya nak kaya tapi adakah bermakna saya nak jadi jutawan? Inilah yang dikatakan matlamat yang tidak jelas dan nyata macam matlamat si arnab yang nak menang perlumbaan itu.

Matlamat kita sepatutnya lebih specific, nak jadi apa, bila, bagaimana, dan sama seperti cara solat tadi. Dengan itu anda akan jelas apa yang anda kejar dalam hidup ini, bukannya kejap nak jadi itu, kejap nak jadi ini dan akhirnya kita gagal semuanya:cry:. Guna kaedah ini agar matlamat yang anda kejar lebih jelas:

Kerja: _________
Jenis: _________
Bagaimana: _________
Matlamat: _________

:!: Rumusannya: Setiap perkara yang kita kejar mesti ada matlamat yang jelas dan nyata. Dengan itu, cita-cita yang kita kejar akan lebih jelas dan terancang, bukannya pening-pening lalat:???: dok fikir apa yang kita kejar selama ini.

One Response to “ Apa yang anda kejar? ”

  1. Abg DiNo Gravatar Says:

    baca topik ni teringat zaman2 belajar dulu2… selalu gaks selit2kan cite macam ni bila diberi peluang handle program2 motivasi :-)

Leave a Reply