Apa erti kaya?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semua orang nak jadi kaya tidak kira orang yang malas berusaha mahupun orang yang gigih berusaha. Tapi apakah erti kekayaan sebenarnya? Adakah sekadar ada wang RM 1 juta atau memiliki rumah besar, bini kereta besar dan segala-galanya besar? :shock:TIDAK!!!

Erti kekayaan meluputi banyak aspek sebenarnya dan ramai orang yang hanya tertumpu pada satu iaitu kaya wang atau harta. Inilah punca utama kenapa hanya segelintir yang dapat mencapai cita-cita mereka untuk kaya. Ada 5 sebenarnya elemen kekayaan yang mana dapat menjadikan seseorang itu benar-benar “kaya”. Iaitu:

  1. Kaya semangat
  2. Kaya input
  3. Kaya gagasan
  4. kaya ibadat
  5. Kaya hati
  6. Kaya harta (merupakan bonus kerana ianya akan tercapai dengan sendirinya setelah kelima-lima perkara diatas diperoleh):lol:

Kaya Semangat

Semangat adalah tenaga yang tidak ada penghujungnya. Orang yang kaya dengan semangat membara ibarat matahari yang menerangi kegelapan, menumbuhkan benih, menyegarkan pohon, menghijaukan daun dan mencerahkan alam. Orang yang kaya semangat tidak akan putus “lariannya” di pertengahan jalan dan tidak akan putus asa untuk menamatkan perjalanan yang tiada penghujung ini.:roll:

Kaya input (ilmu, pengalaman dan wawasan)

Ayat pertama yang diturunkan Allah dalam Quran adalah iqra iaitu bacalah. Ada ulama yang menjelaskan ertinya adalah ‘himpunlah’. Dengan kata lain, himpunlah sebanyak mungkin ilmu, maklumat dan pengalaman kerana tidak ada yang dapat dilakukan tanpa ilmu. Tanpa ilmu kita akan menjadi bodoh:cry: dan menjadikan hidup ini tidak berdaya serta mudah ditipu:mad:. Semakin banyak input berupa ilmu, pengalaman dan wawasan yang kita himpunkan, kita akan menjadi semakin terampil menghadapi kehidupan ini.

Kaya gagasan

Apabila kita mempunyai banyak idea, semakin banyak kaedah yang dapat kita gunakan bagi menikmati hidup ini dengan lebih baik. Keadaan sentiasa berubah seiring dengan masa dan usia kita. Setiap keadaan tidak pernah sama dan unik. Begitu juga dengan penyelesaian masalah, tidak ada penyelesaian yang sama bagi masalah-masalah yang bakal kita hadapi. Bagi manusia yang selalu mempunyai idea, perkara ini tidaklah sukar.

Kaya ibadat

Kita diciptakan bagi menjadikan segala aktiviti sebagai ibadat tidak kira berniaga, berkerja, makan dan sebagainya. Itulah tugas utama kita di dunia sementara ini. Ibadat hendaklah menjadi niat utama kita dalam melakukan sesuatu kerana setiap pekerjaan yang dilakukan mestilah diredaiNya.

Kaya hati

Orang yang kaya bukannya orang yang melimpah hartanya, orang yang kaya adalah orang yang kaya hatinya. Apa gunanya ada rumah yang besar tapi hati yang sempit. Apa gunanya penampilan kita yang indah tapi hati kita busuk. Apa gunanya mempunyai bangunan yang megah tapi hati kita hina. Apa gunanya mempunyai harta yang melimpah tapi hati yang miskin daripada kebaikan dan kemulian.

Percayalah tiada gunanya kekayaan harta yang melimpah apabila hati miskin dan papa daripada keyakinan, kebenaran dan kebaikan.:sad:

Kaya harta (bonus)

Bayangkan jika seseorang itu yang hidupnya penuh dengan semangat yang membara, memiliki ilmu yang luas, pengalaman yang banyak, serta penuh dengan gagasan dan idea yang kreatif. Ditambah pula dengan kekayaan amal ibadat yang mana semua aktivitinya dilakukan dengan niat ibadat. Dihiasi pula dengan kekayaan hati yang tidak sombong, iri hati, dengki, benci dan dendam. Hatinya ikhlas dan penuh kasih sayang. Bahagianya hidup orang yang memiliki semua ini. Ketahuilah, kerana ciri-ciri inilah Abdurrahman bin Auf iaitu seorang sahabat Rasullulah menjadi amat amat “kaya” tidak kira harta mahupun 5 perkara tadi.

Jadi apakah erti kekayaan sebenar? Adakah cukup sekadar kaya harta atau wang? Adakah kaya harta dapat menjamin kebahagian dan kejayaan kita di dunia ini seterusnya akhirat kelak?

Jadi kejarlah “5 kekayaan” itu terlebih dahulu, insya Allah kita akan mendapat kekayaan ke-6, iaitu kekayaan harta yang kita idam-idamkan di dunia sementara ini. :wink:

2 Responses to “ Apa erti kaya? ”

  1. kakeruNo Gravatar (2 comments.) Says:

    Bagus content entry ni, cuma org selalu tak perasan maksud kaya yg sebenar… Kalau tak silap ini daripada buku Aa Gym, penulis Indonesia dalam buku yg bertajuk “Aku tak mahu kaya, tapi harus kaya”… Betul ke?

  2. ecarosNo Gravatar Says:

    yaya…saya petik dr buku dia.
    memang bagus buku tu…xrugi beli dan baca…hehe

    Dah baca 2x tp xpuas2
    :razz: …sbb byk yg boleh dijadikan panduan n motivasi.

Leave a Reply