1 jam sehari
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Ketahuilah pemisah kejayaan dan kegagalan
boleh dinyatakan menerusi 4 patah perkataan
“Saya tidak mempunyai masa”
1 jam sehari apa yang dapat kita lakukan? 1 jam yang saya maksudkan disini adalah masa yang diperuntukkan untuk meningkatkan prestasi diri atau pengetahuan. Kebiasaannya semakin sibuk seseorang semakin mampu 1 jam sehari untuk digunakan sendiri.
Jika kita menyediakan 1 jam sehari,
- kita telah berjaya mengumpul 365 jam setahun,
- sama dengan 45 hari berkerja sepenuh masa yang memakan waktu 8 jam sehari.
- sama seperti menambah 1 bulan setengah kehidupan produktif dalam hidup kita setiap tahun.
Namun, ramai diantara kita mengatakan “saya terlalu sibuk”, “saya tiada masa” dan banyak lagi alasan-alasan yang diberikan. Hakikatnya, usaha penyisihan waktu ini tidak mudah dan memerlukan tekad yang kuat. Rahsianya:
- Mencipta waktu 1 jam ini, kemudian
- memanafaatkannya dengan bijaksana.
Saya jadikan kisah Wifred P. Cohen sebagai contoh. Dia menghabiskan masa 40 tahun untuk menjadi salah seorang pemilik gedung yang paling terkemuka di dunia. Namun begitu, dalam kehidupannya yang sentiasa sibuk dia ingin melukis. Ya M.E.L.U.K.I.S.
Tapi dia tidak pernah melukis dan tidak mempunyai alasan untuk menghasilkan lukisan yang hebat. Walau bagaimanapun dia memutuskan untuk menyisihkan 1 jam untuk melukis setiap hari walaupun apa pengorbanan yang perlu dia lakukan.
Pengorbanannya adalah masa tidur beliau. Dia hanya perlu bangun 1 jam lebih awal dari biasa iaitu pada pukul 5 a.m.. “Ini tidak sulit kerana apabila saya memutuskan untuk melukis pada jam itu, saya pun tidak perlu tidur lagi kerana keghairahan untuk melukis membangunkan saya setiap pagi”, katanya.
Kini lukisan kanvasnya digantung di dalam berpuluh-puluh pameran dan dia telah beberapa kali melakukan pameran solo. Ada lukisannya yang mencecah ratusan ribuan dan ada yang mencecah jutaan. Semuanya datang dari 1 jam yang diperuntukkan untuk melukis setiap hari. Kini dia bukan sahaja salah seorang pemilik gedung malah seorang pelukis yang terkemuka.
Jadi marilah sama-sama kita menyediakan 1 jam sehari untuk meningkatkan diri kearah yang lebih baik. Secara tidak langsung cita-cita kita akan lebih mudah untuk dikecapi.
Rumusannya:
- Mencipta waktu 1 jam ini, kemudian
- memanafaatkannya dengan bijaksana.
April 12th, 20088:37 am at
smrt pricing! hehe… takdelah.. actualy ini post yg bagus! serious kerna 1 jam mcm2 leh berlaku. nk jadi baik pun boleh nk jadi tak baik pun boleh. tp semuanya keputusan masing2. sapa nk dia yg akan usahakan
April 14th, 20081:52 am at
aku penah baca pasal quality hour.. reservkan 1 jam setiap hari utk kita btul2 buat kje..lupakan bende len.. & kita akan puas hati ngn hasil kje kita tu nanti..
April 14th, 20086:23 am at
yaya…1 jam masa berkualiti lebih baik dr 3-5 jam masa2 biasa…mcm blaja jugak…45 min terawal tu yg terbaik dan lepas tu mula
…hagaga.
May 15th, 20084:05 am at
Bagus2. Buat apa yang kita paling minat dalam sejam tu.. kalu dapat lagi lama lagi bagus.. Dengan minat segalanya menjadi…