Penyakit maut ebiz??

Salam hormat pembaca blog yang dikasihi,

Huhu…penyakit maut:twisted:?? Ya, itulah yang dapat saya katakan disini. Sejak akhir-akhir ini ramai webmaster yang diserang pelbagai penyakit sehingga terpaksa dikerjakan ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan. Malah ada juga segelintir diantara mereka yang amat kritikal sehingga diserang penyakit angin ahmar:shock:. Apa cerita sebenarnya ni?

Ramai yang masih tidak sedar bahawa duduk terlalu lama di depan komputer atau bekerja selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan membuat otot-otot tubuh kita terasa kaku, keras dan mata menjadi pedih:twisted:. Malah selain keluhan ringan tersebut tersembunyi juga ancaman lain yang berisiko bagi kesihatan.

Kajian menunjukkan pekerja pejabat atau IM yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku dan satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap Deep Vein Thrombosis (DVT) atau darah beku, adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer:shock:.

Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha dan betis tersumbat. Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil dari aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan. Hal ini akan diperburukkan apabila bilik yang diduduki berhawa dingin di mana udara yang sejuk itu mempercepatkan kadar pembekuan darah terutama di bahagian kaki.:roll:

DVT menurut pakar kesihatan adalah pembentukan gumpalan darah nadi bahagian dalam, paling sering dijumpai di kaki. Gumpalan tersebut boleh pindah ke jantung, paru-paru atau otak dan bisa menyebabkan rasa sakit di dada, sesak nafas bahkan kematian akibat serangan jantung atau angin ahmar.:shock:

Simptom

• Cepat penat
• Lengah
• Sakit dada
• Denyutan nadi laju
• Lemah di bahagian kaki
• Kurang selera makan
• Batuk
• Nafas pendek sama ada dalam keadaan rehat atau aktif.

Cegahan

1. Stokin untuk mengelakkan berlakunya darah beku dalam saluran darah (deep vein thrombosis). Ia berfungsi untuk mencengkam kulit dan mengempiskan vena supaya darah tidak bertakung
2. Perbanyakkan gerakan terutama di bahagian kaki
3. Elakkan meminum airbatu
4. Elakkan membuka hawa dingin terlalu sejuk
5. Sentiasa meminum air panas
6. Amalkan bersenam

Owwhh…sedar tak sedar ada bahayanya juga kita hadap komputer berjam-jam tanpa henti sampai boleh membawa maut:shock:. Jadi bagi semua im-im yang hadap komputer non-stop sehari suntuk tu kenalah beringat ye. Yelah takde gunanya kalau duit dah melimpah dalam bank tapi kena penyakit maut, takde nikmat la kaya pun. Huhu…ingatlah, duit boleh dicari dimana-mana tapi nyawa atau kesihatan ni mana nak dapat? :cry:

Leave a Reply