Archive for the ‘tip perniagaan’ Category

Jangan terlibat dalam perniagaan!

Monday, July 7th, 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya sekarang sedang belajar di UiTM Dungun buat sementara waktu, jadi bz ar sikit nak update blog dan bergiat aktif dalam ebiz sebab sukar sedikit nak guna internet kat sini. Apapun jom ke topik utama kita, jangan terlibat dalam perniagaan!

Saya tahu perniagaan terutamanya perniagaan internet mempunyai aura unik yang pasti menarik anda iaitu keuntungan yang tinggi, namum hanya segelintir yang dapat menikmati kenikmatan itu.

Hal ini demikian kerana hampir 80% perniagaan lingkup dalam tahun pertama dan hanya 5% yang akan bertahan lama seterusnya berjaya. So, apa yang dapat saya katakan disini, risiko perniagaan amat amat tinggi dan hanya sebilangan kecil yang akan berjaya. Jadi sebelum berniaga, cermin dulu kemampuan diri samada layak atau sebaliknya.

Oleh itu persiapan diri haruslah dijadikan fokus utama sebelum berniaga. Anda harus persiapkan diri adakah anda sanggup bertahan selama setahun tanpa memperoleh 1 sen pun dari perniagaan anda (tidak mendapat sebarang untung)? Adakah anda sanggup menanggung rugi samada besar mahupun kecik? Adakah anda sanggup berjauhan dengan insan tersayang? Jika jawapannya negatif - tidak, maka jangan teribat dalam perniagaan.Ingatlah 80% perniagaan lingkup pada tahun pertama kerana pengusahanya tidak sanggup bertahan hal ini! Perkemaskan kemahiran serta diri terlebih dahulu sebaiknya, dengan itu perniagaan anda yang bakal anda jalankan akan lebh terjamin. (more…)

Tip berhutang

Saturday, June 14th, 2008

Salam hormat semua,

Hutang? sesiapa pun mesti ada hutang tidak kira jutawan, hartawan, bangsawan, angkasawan:twisted: dan sesiapa yang ingin hidup selesa. Hutang pada mulanya adalah suatu perkara yang baik tetapi jika tidak diuruskan dengan betul akan menjadi beban yang membunuh anda. Jadi nak berhutang pun mesti ada teknik dan caranya.

Ini sedikit tip berhutang dari saya: :!: (more…)

Produk vs Perkhidmatan

Sunday, June 1st, 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dah 1 minggu blog ini menyepi kerana bosnya jatuh sakit semenjak 2 minggu lepas (start cuti) :mrgreen:. Mana taknye projek ebook terbaru ( Wordpress Beauty) + kenduri + daging gulai + jadi “je’ kako” (dlm bahasa kelate mcm pembantu kenduri la) + demam panas = selok kero bos & blog ini sekejap. Apapun jom ke topik kita.

Perkhidmatan? Produk? Mana lebih baik? emm… kalau dilihat secara kasar kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Jadi isu mana lebih baik rasanya tidak timbul disini kerana ianya bergantung kepada kemahiran dan kepakaran masing-masing. Apapun mana yang akan menang jika produk vs perkhidmatan? :!: (more…)

Tip berbelanja

Saturday, May 17th, 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ramai IM-IM yang memberi tip berbelanja atau berjimat cermat sejak akhir-akhir ini, contohnya Labanon, SmartZul dan saya sendiri. Bukannya apa, berbelanja sudah menjadi perkara wajib dalam kehidupan seharian kita, setiap hari saya, anda dan semua orang mengeluarkan duit dari poket untuk keperluan harian dan keperluan-keperluan lain samada wajib, sunat atau makruh.

Tanpa tip berbelanja dan kaedah berjimat cermat yang betul, anda boleh “terbunuh” dalam masalah hutang yang memeningkan kepala :???: dan masalah kewangan yang menyeramkan :shock: . Saya sedar, tidak semua dari kita yang bebas kewangan termasuk diri saya sendiri, tapi kita boleh mengubati keadaan sekarang (masalah kewangan) dengan mengamalkan sedikit tip berbelanja ini.

Ohh ya, sebelum saya telupa, tidak semua dari kita yang sanggup mengamalkan tip-tip dibawah walaupun ianya amat-amat mudah, sebab utamanya kerana ianya bercanggah dengan budaya masyarakat kita yang suka hidup dalam keadaan “mewah” dan bergaya. Jadi tanpa melarut-larut, saya terus ke tip berbelanja: (more…)

Luar biasa

Friday, May 16th, 2008

Salam sejahtera pembaca yang saya kasihi,

Luar biasa, itulah salah teknik yang paling cepat untuk berjaya dalam sesuatu bidang tidak kira perniagaan, hiburan mahupun dalam kerjaya anda. Yelah, sesiapa pun pasti akan tertarik dengan sesuatu yang asing (baru) di tambah pula hangat dan panas macam pisang goreng kerana ianya sesuatu yang jarang-jarang berlaku dalam masyarakat kita.

Walaubagaimana pun, bukan mudah untuk melakukan sesuatu yang luar biasa kerana ianya memerlukan pengorbanan dan amat amat berisiko tinggi. Mana taknye, kalau tidak masti dah ramai yang buat.

Contoh terbaik yang dapat saya berikan disini ialah Irfan Khairi kerana berjaya menjadi jutawan dalam usia 25 tahun. Yang lebih luar biasa (bagi masyarakat kita di Malaysia) jutawan dari perniagaan internet. Kini kehangatan kontrovesi yang dicetuskannya dulu masih dapat dirasai, yelah tiap-tiap minggu masuk TV dan radio bercakap tentang perniagaan, motivasi dan sebagainya. Saya taknak berhujah panjang pasal IK kerana apa yang diperoehinya kini berbaloi dengan usahanya mencetuskan perkara baru atau luar biasa di Malaysia.

Manakala contoh kedua terbaik adalah Faizal Tahir dan saya pasti anda semua masih ingat kontroversi stunt “superman” yang dicetuskannya. Ada kesan negatif dan ada kesan positifnya. Kesan negatifnya, semua orang pakat kutuk dia melalui blog, surat khabar, forum hingga ke kedai kopi dan kesan positif dia menang besar AIM serta Planet Muzik baru-baru ini. Jadi siapa yang untung? hehe.. (more…)

Aktif vs Pasif

Tuesday, April 22nd, 2008

Salam hormat pembaca yang dihormati,

Pendapatan aktif atau pendapatan pasif:?:? Yang mana menjadi pilihan anda dan yang mana lebih menguntungkan sebenarnya? Saya pasti setiap perkerjaan menghasilkan punca pendapatan yang berbeza-beza. Sebagai contoh perniagaan biasanya mendatangkan punca pendapatan pasif manakala jika makan gaji biasanya menghasilkan punca pendapatan aktif. Jadi bagaimana ingin mengenalpasti samada itu pendapatan aktif atau pasif?

Caranya cukup mudah, jika anda hanya menerima punca pendapatan hanya SEKALI dalam sebulan maka itu adalah punca pendapatan aktif. Segala usaha dan penat lelah anda hanya dibayar 1 kali dalam sebulan dan jika anda tidak datang disko kerja, anda tidak akan dibayar untuk hari itu:cry:.

Manakala jika anda menerima punca pendapatan LEBIH DARI SEKALI dalam sebulan maka itu adalah punca pendapatan pasif. Dengan kata lain segala penat lelah anda selama ini akan dibayar berkali-kali dan berterusan sehingga tua:shock:. Pasti seronok tahap %^&* jika kita dibayar beratus-ratus kali dalam masa 1 hari dan beribu-ribu kali dalam sebulan dan berjuta-juta kali dalam setahun:eek:. (more…)

Tip menarik pembaca

Sunday, April 13th, 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya ingin berkongsi sedikit tip menulis articles yang dapat menarik ingin tahu pembaca untuk terus membaca articles anda. Saya petik sedikit tip dari beberapa otai dan buku.

Antara tip-tip itu adalah:

  • Pastikan articles anda padat dan simple - Memudahkan untuk para membaca mengatahui point-point yang anda ingin sampaikan.
  • Jangan melarut-larut - Pastikan articles anda tidak berbual kosong kerana ini akan memyukarkan pembaca mendapatkan main point articles anda. Juga boleh membuatkan pembaca bosan dan malas untuk terus membaca.
  • Gunakan media - Masukkan gambar atau video lucah agar articles anda lebih menarik dan kreatif. Secara tidak langsung respon pembaca juga turut meningkat.
  • Berikan Isi penting dalam bentuk point - Merunut kajian kita lebih mudah mengingati ayat yang pendek dan khusus (point) berbanding ayat yang berjela-jela serta dapat menarik minat pembaca kerana ia menjimatkan masa mereka untuk mengetahui apa yang anda cuba sampaikan.

(more…)

Mentaliti

Saturday, April 12th, 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya cuma nak sampaikan pesanan Gobala Krishnan kepada anda. Klik PLAY untuk mendengar apa yang Gobala Krishnan ingin katakan.

“Ok…cabaran pertama adalah semasa saya mula-mula nak start perniagaan internet, saya rasa saya asyik membelanjakan duit sahaja. Duit keluar, keluar dan keluar tapi tak masuk-masuk. Kalau duit masuk pun (more…)

Kredibiliti vs Populariti

Friday, April 11th, 2008

Salam hormat pembaca yang dikasihi,

Kredibiliti ibarat nasi,
Populariti ibarat rojak.

Kredibiliti atau populariti, yang manakah dapat menjadikan kita berjaya? Saya cukup tertarik dengan topik kali ini sebab masyarakat kita sekarang lebih gila-gilakan populariti sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya.

Saya cuma nak tanya satu je soalan, nasi atau rojak yang mana lebih penting? Mestilah nasi kerana itu merupakan keperluan harian kita, manakala rojak hanyalah keperluan sampingan. Begitu juga dengan kredibiliti dan populariti. (more…)

Entrepreneur

Friday, April 11th, 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kita sering dengar perkataan entrepreneur. Tapi apakah anda tahu definisi entrepreneur itu? Mungkin ya dan mungkin tidak.

Entrepreneur didefinisikan sebagai “seseorang yang menyeselesaikan masalah orang lain untuk keuntungan“. Entrepreneur hanyalah “problem solver” tidak lebih dari itu. Semakin banyak produk yang dapat membantu orang, semakin “kaya” anda, secara mental, emosi, spiritual dan yang pasti pada kewangan anda.

Anda, saya, mereka dan semua orang ada kepakaran masing-masing. Kepakaran kita inilah yang dapat menyelesaikan masalah orang lain. Saya ibaratkan dunia ini sebagai satu puzzle, yang mana setiap orang saling bergantung antara satu sama lain untuk menghasilkan satu seni yang hebat. (more…)