Archive for the ‘isu semasa’ Category

18 tahun sudah…

Thursday, June 12th, 2008

Salam sejahtera semua,

Sedar tak sedar dah tua saya ni, hari ni masuk umur 18 tahun sudah usia saya. :eek: Apapun sempena ulang tahun saya ke-18, banyak impian yang saya ingin sempurnakan pada usia 18 ni. Ada yang mustahil dan ada yang tidak mustahil. Antaranya:

Projek tahun ini.

  • Menyiapkan ebook Wordpress Beauty
  • Membuat 2 buah ebook pasal perniagaan internet ( masih dok pikir nama yang sesuai loni :smile: )
  • Membuat video tutorial Create Your Own Banner In Just 10 Min
  • Membuat video tutorial Learn Basic Photoshop CS3
  • Dan ada beberapa lagi projek yang masih dalam perancangan…hehe

(more…)

Penyakit maut ebiz??

Thursday, May 8th, 2008

Salam hormat pembaca blog yang dikasihi,

Huhu…penyakit maut:twisted:?? Ya, itulah yang dapat saya katakan disini. Sejak akhir-akhir ini ramai webmaster yang diserang pelbagai penyakit sehingga terpaksa dikerjakan ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan. Malah ada juga segelintir diantara mereka yang amat kritikal sehingga diserang penyakit angin ahmar:shock:. Apa cerita sebenarnya ni?

Ramai yang masih tidak sedar bahawa duduk terlalu lama di depan komputer atau bekerja selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan membuat otot-otot tubuh kita terasa kaku, keras dan mata menjadi pedih:twisted:. Malah selain keluhan ringan tersebut tersembunyi juga ancaman lain yang berisiko bagi kesihatan.

Kajian menunjukkan pekerja pejabat atau IM yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku dan satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap Deep Vein Thrombosis (DVT) atau darah beku, adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer:shock:. (more…)

Mukadimah

Friday, April 11th, 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya ingin mulakan dengan Bismillah hirahman nirrahim. Saya ecaros dan ini merupakan kemunculan semula saya selepas beberapa masalah yang terjadi pada blog saya sebelum ini. Dengan kemunculan baru ni, saya harap dapat memberikan nafas baru kepada saya sendiri dan kepada anda untuk terus mengikuti blog ini.

Setakat ini sahaja pengenalan ringkas saya pada kali ini.