Archive for the ‘ebiz’ Category

Jangan terlibat dalam perniagaan!

Monday, July 7th, 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya sekarang sedang belajar di UiTM Dungun buat sementara waktu, jadi bz ar sikit nak update blog dan bergiat aktif dalam ebiz sebab sukar sedikit nak guna internet kat sini. Apapun jom ke topik utama kita, jangan terlibat dalam perniagaan!

Saya tahu perniagaan terutamanya perniagaan internet mempunyai aura unik yang pasti menarik anda iaitu keuntungan yang tinggi, namum hanya segelintir yang dapat menikmati kenikmatan itu.

Hal ini demikian kerana hampir 80% perniagaan lingkup dalam tahun pertama dan hanya 5% yang akan bertahan lama seterusnya berjaya. So, apa yang dapat saya katakan disini, risiko perniagaan amat amat tinggi dan hanya sebilangan kecil yang akan berjaya. Jadi sebelum berniaga, cermin dulu kemampuan diri samada layak atau sebaliknya.

Oleh itu persiapan diri haruslah dijadikan fokus utama sebelum berniaga. Anda harus persiapkan diri adakah anda sanggup bertahan selama setahun tanpa memperoleh 1 sen pun dari perniagaan anda (tidak mendapat sebarang untung)? Adakah anda sanggup menanggung rugi samada besar mahupun kecik? Adakah anda sanggup berjauhan dengan insan tersayang? Jika jawapannya negatif - tidak, maka jangan teribat dalam perniagaan.Ingatlah 80% perniagaan lingkup pada tahun pertama kerana pengusahanya tidak sanggup bertahan hal ini! Perkemaskan kemahiran serta diri terlebih dahulu sebaiknya, dengan itu perniagaan anda yang bakal anda jalankan akan lebh terjamin. (more…)

Bina banner dalam masa 10 min

Sunday, June 15th, 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Ini sedikit ilmu yang saya ingin kongsikan bersama anda. Ketahui bagaimana saya membina banner ini dalam masa 10 min tanpa mengupah designer atau orang lain melakukannya.


Taadaa…inilah hasilnya. Walaupun nampak biasa je, tapi padanlah dengan masa yang diluangkan.

Jadi beginilah saya membina banner yang tidak seberapa ini dalam masa yang amat singkat. Jika ada kesempatan, saya akan kongsikan lebih banyak ilmu yang saya ada dengan anda sekalian.:wink:

Aktif vs Pasif

Tuesday, April 22nd, 2008

Salam hormat pembaca yang dihormati,

Pendapatan aktif atau pendapatan pasif:?:? Yang mana menjadi pilihan anda dan yang mana lebih menguntungkan sebenarnya? Saya pasti setiap perkerjaan menghasilkan punca pendapatan yang berbeza-beza. Sebagai contoh perniagaan biasanya mendatangkan punca pendapatan pasif manakala jika makan gaji biasanya menghasilkan punca pendapatan aktif. Jadi bagaimana ingin mengenalpasti samada itu pendapatan aktif atau pasif?

Caranya cukup mudah, jika anda hanya menerima punca pendapatan hanya SEKALI dalam sebulan maka itu adalah punca pendapatan aktif. Segala usaha dan penat lelah anda hanya dibayar 1 kali dalam sebulan dan jika anda tidak datang disko kerja, anda tidak akan dibayar untuk hari itu:cry:.

Manakala jika anda menerima punca pendapatan LEBIH DARI SEKALI dalam sebulan maka itu adalah punca pendapatan pasif. Dengan kata lain segala penat lelah anda selama ini akan dibayar berkali-kali dan berterusan sehingga tua:shock:. Pasti seronok tahap %^&* jika kita dibayar beratus-ratus kali dalam masa 1 hari dan beribu-ribu kali dalam sebulan dan berjuta-juta kali dalam setahun:eek:. (more…)

Mailing list

Monday, April 14th, 2008

Salam hormat pembaca yang dihormati,

Teknik mailing list mungkin sudah tidak asing lagi bagi IM kini. Mailing list merupakan teknik mengumpul nama dan email pelanggan atau pembaca setia anda tujuan kegunaan masa depan terutamanya dalam pemasaran.

Teknik mailing list boleh dilakukan dalam 3 (yang saya tau) cara iaitu:

  • Opt in
  • Subscribe
  • Pembelian produk
  • Teknik PPC dan SEO untuk medapatkan traffic. (support)

Dengan adanya list yang besar, anda tidak perlu bersusah payah mengiklankan produk anda di bahagian pengiklanan surat khabar, website dan sebagainya kerana anda sudah ada pelanggan anda sendiri iaitu list anda. (more…)