Archive for July, 2008

Jangan terlibat dalam perniagaan!

Monday, July 7th, 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya sekarang sedang belajar di UiTM Dungun buat sementara waktu, jadi bz ar sikit nak update blog dan bergiat aktif dalam ebiz sebab sukar sedikit nak guna internet kat sini. Apapun jom ke topik utama kita, jangan terlibat dalam perniagaan!

Saya tahu perniagaan terutamanya perniagaan internet mempunyai aura unik yang pasti menarik anda iaitu keuntungan yang tinggi, namum hanya segelintir yang dapat menikmati kenikmatan itu.

Hal ini demikian kerana hampir 80% perniagaan lingkup dalam tahun pertama dan hanya 5% yang akan bertahan lama seterusnya berjaya. So, apa yang dapat saya katakan disini, risiko perniagaan amat amat tinggi dan hanya sebilangan kecil yang akan berjaya. Jadi sebelum berniaga, cermin dulu kemampuan diri samada layak atau sebaliknya.

Oleh itu persiapan diri haruslah dijadikan fokus utama sebelum berniaga. Anda harus persiapkan diri adakah anda sanggup bertahan selama setahun tanpa memperoleh 1 sen pun dari perniagaan anda (tidak mendapat sebarang untung)? Adakah anda sanggup menanggung rugi samada besar mahupun kecik? Adakah anda sanggup berjauhan dengan insan tersayang? Jika jawapannya negatif - tidak, maka jangan teribat dalam perniagaan.Ingatlah 80% perniagaan lingkup pada tahun pertama kerana pengusahanya tidak sanggup bertahan hal ini! Perkemaskan kemahiran serta diri terlebih dahulu sebaiknya, dengan itu perniagaan anda yang bakal anda jalankan akan lebh terjamin. (more…)