Ikut impian anda
Thursday, June 26th, 2008Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terdapat 1 formula yang menjanjikan bukan sahaja kebahagian malah kekayaan dalam hidup ini, iaitu ikut impian anda, mudah kata lakukan apa yang anda suka lakukan.
Sedar tidak sedar, tidak semua dari kita kini berada dilandasan yang betul, maksud saya landasan impian @ cita-cita kita. Ramai yang terpesong dari impian mereka termasuk diri saya sendiri. Yang paling menyedihkan, menakutkan, mengecewakan dan 1001 lagi perasaan yang tidak dapat diluahkan melalui kata-kata, kita melakukan apa yang kita tidak suka dan lebih dahsyat perkara yang kita benci, bukannya perkara yang kita impikan atau suka lakukan. Antara sebabnya kerana terpaksa dan tiada pilihan.

