Tip berbelanja
Saturday, May 17th, 2008Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Ramai IM-IM yang memberi tip berbelanja atau berjimat cermat sejak akhir-akhir ini, contohnya Labanon, SmartZul dan saya sendiri. Bukannya apa, berbelanja sudah menjadi perkara wajib dalam kehidupan seharian kita, setiap hari saya, anda dan semua orang mengeluarkan duit dari poket untuk keperluan harian dan keperluan-keperluan lain samada wajib, sunat atau makruh.
Tanpa tip berbelanja dan kaedah berjimat cermat yang betul, anda boleh “terbunuh” dalam masalah hutang yang memeningkan kepala
dan masalah kewangan yang menyeramkan
. Saya sedar, tidak semua dari kita yang bebas kewangan termasuk diri saya sendiri, tapi kita boleh mengubati keadaan sekarang (masalah kewangan) dengan mengamalkan sedikit tip berbelanja ini.
Ohh ya, sebelum saya telupa, tidak semua dari kita yang sanggup mengamalkan tip-tip dibawah walaupun ianya amat-amat mudah, sebab utamanya kerana ianya bercanggah dengan budaya masyarakat kita yang suka hidup dalam keadaan “mewah” dan bergaya. Jadi tanpa melarut-larut, saya terus ke tip berbelanja: (more…)