Archive for April, 2008

Menerima, melupakan dan terus maju

Friday, April 25th, 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Menerima, melupakan dan terus maju. Itulah 3 teknik yang selalu saya amalkan untuk meneruskan “larian” saya dalam perniagaan internet ini. Tidak di nafikan semua orang disekeliling kita ada yang membantu dan ada juga yang melemahkan semangat ini.

Jadi selepas saya menerima banyak kritikan, nasihat dan 1001 lagi kata-kata dari orang lain, saya sedar yang bukan semuanya dapat membantu saya untuk terus maju. Ada kata-kata yang menusuk jiwa yang kecil ini dan ada juga kata-kata yang membakar semangat. Tapi banyak kata-kata yang menyedihkan dari kata kata-kata semangat:cry:. Jadi saya pun mengambil keputusan untuk amalkan 3 teknik ini iaitu menerima, melupakan dan terus maju. Dan ianya amat berkesan.

Menerima:smile:

Dalam buku Secret Of Millionaire Mind, saya cukup tertarik dengan kata-kata Harv. Dia mengatakan “Rich people are excellent receivers” manakala “Poor people are poor receivers”. Selepas membaca dan memikir 1 hari 1 malam, saya setuju dengan apa yang dikatakan beliau.

Orang kaya atau jutawan “menyerap” apa sahaja yang dapat menjadikan mereka kaya atau terus maju tidak kira “gula, garam, cili, budu, petai, belacan, durian” dan 1001 lg rasa yang mungkin tidak enak bagi mereka:eek:. Hasilnya pencapaian mereka akan meningkat dari masa ke masa hasil dari “rasa-rasa” tadi. Jadi untuk maju kita harus terima segala-galanya biarpun pedih kerana langkah ke kejayaan bukannya sesuatu yang mudah. (more…)

Aktif vs Pasif

Tuesday, April 22nd, 2008

Salam hormat pembaca yang dihormati,

Pendapatan aktif atau pendapatan pasif:?:? Yang mana menjadi pilihan anda dan yang mana lebih menguntungkan sebenarnya? Saya pasti setiap perkerjaan menghasilkan punca pendapatan yang berbeza-beza. Sebagai contoh perniagaan biasanya mendatangkan punca pendapatan pasif manakala jika makan gaji biasanya menghasilkan punca pendapatan aktif. Jadi bagaimana ingin mengenalpasti samada itu pendapatan aktif atau pasif?

Caranya cukup mudah, jika anda hanya menerima punca pendapatan hanya SEKALI dalam sebulan maka itu adalah punca pendapatan aktif. Segala usaha dan penat lelah anda hanya dibayar 1 kali dalam sebulan dan jika anda tidak datang disko kerja, anda tidak akan dibayar untuk hari itu:cry:.

Manakala jika anda menerima punca pendapatan LEBIH DARI SEKALI dalam sebulan maka itu adalah punca pendapatan pasif. Dengan kata lain segala penat lelah anda selama ini akan dibayar berkali-kali dan berterusan sehingga tua:shock:. Pasti seronok tahap %^&* jika kita dibayar beratus-ratus kali dalam masa 1 hari dan beribu-ribu kali dalam sebulan dan berjuta-juta kali dalam setahun:eek:. (more…)

Apa erti kaya?

Sunday, April 20th, 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semua orang nak jadi kaya tidak kira orang yang malas berusaha mahupun orang yang gigih berusaha. Tapi apakah erti kekayaan sebenarnya? Adakah sekadar ada wang RM 1 juta atau memiliki rumah besar, bini kereta besar dan segala-galanya besar? :shock:TIDAK!!!

Erti kekayaan meluputi banyak aspek sebenarnya dan ramai orang yang hanya tertumpu pada satu iaitu kaya wang atau harta. Inilah punca utama kenapa hanya segelintir yang dapat mencapai cita-cita mereka untuk kaya. Ada 5 sebenarnya elemen kekayaan yang mana dapat menjadikan seseorang itu benar-benar “kaya”. Iaitu:

  1. Kaya semangat
  2. Kaya input
  3. Kaya gagasan
  4. kaya ibadat
  5. Kaya hati
  6. Kaya harta (merupakan bonus kerana ianya akan tercapai dengan sendirinya setelah kelima-lima perkara diatas diperoleh):lol:

(more…)

Bukan gagal tapi belum berjaya

Thursday, April 17th, 2008

Salam hormat pembaca yang dihormati,

Saya rasa ramai diantara kita yang masih belum berjaya dalam hidup masing-masing termasuk saya sendiri:oops:. Tapi adakah itu bermaksud kita telah gagal? TIDAK!. Kita bukannya gagal tapi masih belum berjaya. Saya pasti anda sekarang pasti sudah jemu menunggu kejayaan, tapi untuk berjaya kita harus meneruskan (usaha) tanpanya barulah matlamat kita dapat dicapai.

Saya cukup tertarik dengan kisah kejayaan Thomas Alva Edison. Beliau berkerja 18 jam sehari dan mengambil masa 10 tahun untuk berjaya menghasilkan bateri nikel-besi-kadmium. Beliau telah melakukan klasifikasi kepada 17,000 jenis tumbuhan sebelum berjaya mengeluarkan lateks daripada 1 jenis tumbuhan sahaja. HANYA 1.

Thomas Alva Edison juga berjaya mencipta lampu setelah berusaha lebih 10,000 kali. Akhirnya beliau membuktikan kejayaannya apabila berjaya mempatenkan sebanyak 1093 jenis rekaan, walaupun hanya menghadiri sekolah hanya 6 bulan sahaja. (more…)

Apa yang dimiliki oleh orang yang berjaya?

Tuesday, April 15th, 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya ingin berkongsi sedikit info yang saya petik dari buku motivasi yang saya baca iaitu apa yang dimiliki oleh orang-orang yang berjaya. Ini 5 perkara yang dimiliki oleh orang-orang yang berjaya selepas dibuat penelitian terhadap 1500 orang yang dipilih secara rambang.

1. Akal yang sihat.
Akal yang sihat merupakan perkara terpenting yang memungkinkan anda berjaya. Akal yang sihat bererti kemampuan untuk menyederhanakan permasalahan, dengan kata lain mengubah perkara rumit menjadi mudah. Cara untuk meningkatkan kemapuan akal yang sihat adalah dengan mengamati akal sihat orang-orang yang berjaya, belajar dari kesalahan orang lain dan dari kesalahan diri sendiri.:wink:

2. Kuasai bidang anda
Pengetahuan khusus mengenai bidang anda merupakan perkara kedua terpenting. 3/4 daripada orang yang berjaya daripada 1500 bersetuju dengan pendapat ini. “Kerjakan pekerjaan yang anda pakar!”, itulah kata-kata seorang timbalan presiden sebuah industri. “Tidak ada apa yang lebih menunjang kejayaan dibandingkan dengan pengetahuan tentang apa yang anda lakukan. Ini memperkecilkan risiko dan berfungsi sebagai polisi insuran bagi kemampuan anda”. Dengan pakar bidang yang anda ceburi, anda dapat menyelesaikan segala permasalah dengan lebih mudah dan terancang.

Pengetahuan khusus bukannya sesuatu yang boleh kita perolehi begitu sahaja tetapi memerlukan proses yang memakan masa untuk pakar. “Untuk meraih kejayaan, anda harus menginginkannya. Kemudian anda perlu berusaha mempertahankannya (utk terus berjaya)”, demikianlah kata timbalan presiden itu. (more…)

Mailing list

Monday, April 14th, 2008

Salam hormat pembaca yang dihormati,

Teknik mailing list mungkin sudah tidak asing lagi bagi IM kini. Mailing list merupakan teknik mengumpul nama dan email pelanggan atau pembaca setia anda tujuan kegunaan masa depan terutamanya dalam pemasaran.

Teknik mailing list boleh dilakukan dalam 3 (yang saya tau) cara iaitu:

  • Opt in
  • Subscribe
  • Pembelian produk
  • Teknik PPC dan SEO untuk medapatkan traffic. (support)

Dengan adanya list yang besar, anda tidak perlu bersusah payah mengiklankan produk anda di bahagian pengiklanan surat khabar, website dan sebagainya kerana anda sudah ada pelanggan anda sendiri iaitu list anda. (more…)

Tip menarik pembaca

Sunday, April 13th, 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya ingin berkongsi sedikit tip menulis articles yang dapat menarik ingin tahu pembaca untuk terus membaca articles anda. Saya petik sedikit tip dari beberapa otai dan buku.

Antara tip-tip itu adalah:

  • Pastikan articles anda padat dan simple - Memudahkan untuk para membaca mengatahui point-point yang anda ingin sampaikan.
  • Jangan melarut-larut - Pastikan articles anda tidak berbual kosong kerana ini akan memyukarkan pembaca mendapatkan main point articles anda. Juga boleh membuatkan pembaca bosan dan malas untuk terus membaca.
  • Gunakan media - Masukkan gambar atau video lucah agar articles anda lebih menarik dan kreatif. Secara tidak langsung respon pembaca juga turut meningkat.
  • Berikan Isi penting dalam bentuk point - Merunut kajian kita lebih mudah mengingati ayat yang pendek dan khusus (point) berbanding ayat yang berjela-jela serta dapat menarik minat pembaca kerana ia menjimatkan masa mereka untuk mengetahui apa yang anda cuba sampaikan.

(more…)

Mentaliti

Saturday, April 12th, 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya cuma nak sampaikan pesanan Gobala Krishnan kepada anda. Klik PLAY untuk mendengar apa yang Gobala Krishnan ingin katakan.

“Ok…cabaran pertama adalah semasa saya mula-mula nak start perniagaan internet, saya rasa saya asyik membelanjakan duit sahaja. Duit keluar, keluar dan keluar tapi tak masuk-masuk. Kalau duit masuk pun (more…)

1 jam sehari

Friday, April 11th, 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ketahuilah pemisah kejayaan dan kegagalan
boleh dinyatakan menerusi 4 patah perkataan
“Saya tidak mempunyai masa”

1 jam sehari apa yang dapat kita lakukan? 1 jam yang saya maksudkan disini adalah masa yang diperuntukkan untuk meningkatkan prestasi diri atau pengetahuan. Kebiasaannya semakin sibuk seseorang semakin mampu 1 jam sehari untuk digunakan sendiri.

Jika kita menyediakan 1 jam sehari,

  • kita telah berjaya mengumpul 365 jam setahun,
  • sama dengan 45 hari berkerja sepenuh masa yang memakan waktu 8 jam sehari.
  • sama seperti menambah 1 bulan setengah kehidupan produktif dalam hidup kita setiap tahun.

Namun, ramai diantara kita mengatakan “saya terlalu sibuk”, “saya tiada masa” dan banyak lagi alasan-alasan yang diberikan. Hakikatnya, usaha penyisihan waktu ini tidak mudah dan memerlukan tekad yang kuat. Rahsianya:

  • Mencipta waktu 1 jam ini, kemudian
  • memanafaatkannya dengan bijaksana.

(more…)

Kredibiliti vs Populariti

Friday, April 11th, 2008

Salam hormat pembaca yang dikasihi,

Kredibiliti ibarat nasi,
Populariti ibarat rojak.

Kredibiliti atau populariti, yang manakah dapat menjadikan kita berjaya? Saya cukup tertarik dengan topik kali ini sebab masyarakat kita sekarang lebih gila-gilakan populariti sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya.

Saya cuma nak tanya satu je soalan, nasi atau rojak yang mana lebih penting? Mestilah nasi kerana itu merupakan keperluan harian kita, manakala rojak hanyalah keperluan sampingan. Begitu juga dengan kredibiliti dan populariti. (more…)