Saya sekarang sedang belajar di UiTM Dungun buat sementara waktu, jadi bz ar sikit nak update blog dan bergiat aktif dalam ebiz sebab sukar sedikit nak guna internet kat sini. Apapun jom ke topik utama kita, jangan terlibat dalam perniagaan!
Saya tahu perniagaan terutamanya perniagaan internet mempunyai aura unik yang pasti menarik anda iaitu keuntungan yang tinggi, namum hanya segelintir yang dapat menikmati kenikmatan itu.
Hal ini demikian kerana hampir 80% perniagaan lingkup dalam tahun pertama dan hanya 5% yang akan bertahan lama seterusnya berjaya. So, apa yang dapat saya katakan disini, risiko perniagaan amat amat tinggi dan hanya sebilangan kecil yang akan berjaya. Jadi sebelum berniaga, cermin dulu kemampuan diri samada layak atau sebaliknya.
Oleh itu persiapan diri haruslah dijadikan fokus utama sebelum berniaga. Anda harus persiapkan diri adakah anda sanggup bertahan selama setahun tanpa memperoleh 1 sen pun dari perniagaan anda (tidak mendapat sebarang untung)? Adakah anda sanggup menanggung rugi samada besar mahupun kecik? Adakah anda sanggup berjauhan dengan insan tersayang? Jika jawapannya negatif - tidak, maka jangan teribat dalam perniagaan.Ingatlah 80% perniagaan lingkup pada tahun pertama kerana pengusahanya tidak sanggup bertahan hal ini! Perkemaskan kemahiran serta diri terlebih dahulu sebaiknya, dengan itu perniagaan anda yang bakal anda jalankan akan lebh terjamin. Read more…
Terdapat 1 formula yang menjanjikan bukan sahaja kebahagian malah kekayaan dalam hidup ini, iaitu ikut impian anda, mudah kata lakukan apa yang anda suka lakukan.
Sedar tidak sedar, tidak semua dari kita kini berada dilandasan yang betul, maksud saya landasan impian @ cita-cita kita. Ramai yang terpesong dari impian mereka termasuk diri saya sendiri. Yang paling menyedihkan, menakutkan, mengecewakan dan 1001 lagi perasaan yang tidak dapat diluahkan melalui kata-kata, kita melakukan apa yang kita tidak suka dan lebih dahsyat perkara yang kita benci, bukannya perkara yang kita impikan atau suka lakukan. Antara sebabnya kerana terpaksa dan tiada pilihan.
Baru-baru ni, saya n da family bercuti seketika di Tioman (nak relex la konon-kononnya). Pengalaman bercuti di Tioman memang seronok dan dahsyat la jugak. Pantainya indah la jugak dengan mat-mat saleh dok bersantai separuh bogel dan awek-awek cun sana sini…haha
Ni sedikit gambar yang sempat saya ambil semasa percutian saya seketika tu.
Menyelam sambil berposing…haha. (pelik semacam je mulut tu, xckup O2 biasa la)
Ini sedikit ilmu yang saya ingin kongsikan bersama anda. Ketahui bagaimana saya membina banner ini dalam masa 10 min tanpa mengupah designer atau orang lain melakukannya.
Taadaa…inilah hasilnya. Walaupun nampak biasa je, tapi padanlah dengan masa yang diluangkan.
Jadi beginilah saya membina banner yang tidak seberapa ini dalam masa yang amat singkat. Jika ada kesempatan, saya akan kongsikan lebih banyak ilmu yang saya ada dengan anda sekalian.
Hutang? sesiapa pun mesti ada hutang tidak kira jutawan, hartawan, bangsawan, angkasawan dan sesiapa yang ingin hidup selesa. Hutang pada mulanya adalah suatu perkara yang baik tetapi jika tidak diuruskan dengan betul akan menjadi beban yang membunuh anda. Jadi nak berhutang pun mesti ada teknik dan caranya.
Sedar tak sedar dah tua saya ni, hari ni masuk umur 18 tahun sudah usia saya. Apapun sempena ulang tahun saya ke-18, banyak impian yang saya ingin sempurnakan pada usia 18 ni. Ada yang mustahil dan ada yang tidak mustahil. Antaranya:
Projek tahun ini.
Menyiapkan ebook Wordpress Beauty
Membuat 2 buah ebook pasal perniagaan internet ( masih dok pikir nama yang sesuai loni )
Membuat video tutorial Create Your Own Banner In Just 10 Min
Membuat video tutorial Learn Basic Photoshop CS3
Dan ada beberapa lagi projek yang masih dalam perancangan…hehe
Dah 1 minggu blog ini menyepi kerana bosnya jatuh sakit semenjak 2 minggu lepas (start cuti) . Mana taknye projek ebook terbaru ( Wordpress Beauty) + kenduri + daging gulai + jadi “je’ kako” (dlm bahasa kelate mcm pembantu kenduri la) + demam panas = selok kero bos & blog ini sekejap. Apapun jom ke topik kita.
Perkhidmatan? Produk? Mana lebih baik? emm… kalau dilihat secara kasar kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Jadi isu mana lebih baik rasanya tidak timbul disini kerana ianya bergantung kepada kemahiran dan kepakaran masing-masing. Apapun mana yang akan menang jika produk vs perkhidmatan? Read more…
Ramai IM-IM yang memberi tip berbelanja atau berjimat cermat sejak akhir-akhir ini, contohnya Labanon, SmartZul dan saya sendiri. Bukannya apa, berbelanja sudah menjadi perkara wajib dalam kehidupan seharian kita, setiap hari saya, anda dan semua orang mengeluarkan duit dari poket untuk keperluan harian dan keperluan-keperluan lain samada wajib, sunat atau makruh.
Tanpa tip berbelanja dan kaedah berjimat cermat yang betul, anda boleh “terbunuh” dalam masalah hutang yang memeningkan kepala dan masalah kewangan yang menyeramkan . Saya sedar, tidak semua dari kita yang bebas kewangan termasuk diri saya sendiri, tapi kita boleh mengubati keadaan sekarang (masalah kewangan) dengan mengamalkan sedikit tip berbelanja ini.
Ohh ya, sebelum saya telupa, tidak semua dari kita yang sanggup mengamalkan tip-tip dibawah walaupun ianya amat-amat mudah, sebab utamanya kerana ianya bercanggah dengan budaya masyarakat kita yang suka hidup dalam keadaan “mewah” dan bergaya. Jadi tanpa melarut-larut, saya terus ke tip berbelanja: Read more…
Luar biasa, itulah salah teknik yang paling cepat untuk berjaya dalam sesuatu bidang tidak kira perniagaan, hiburan mahupun dalam kerjaya anda. Yelah, sesiapa pun pasti akan tertarik dengan sesuatu yang asing (baru) di tambah pula hangat dan panas macam pisang goreng kerana ianya sesuatu yang jarang-jarang berlaku dalam masyarakat kita.
Walaubagaimana pun, bukan mudah untuk melakukan sesuatu yang luar biasa kerana ianya memerlukan pengorbanan dan amat amat berisiko tinggi. Mana taknye, kalau tidak masti dah ramai yang buat.
Contoh terbaik yang dapat saya berikan disini ialah Irfan Khairi kerana berjaya menjadi jutawan dalam usia 25 tahun. Yang lebih luar biasa (bagi masyarakat kita di Malaysia) jutawan dari perniagaan internet. Kini kehangatan kontrovesi yang dicetuskannya dulu masih dapat dirasai, yelah tiap-tiap minggu masuk TV dan radio bercakap tentang perniagaan, motivasi dan sebagainya. Saya taknak berhujah panjang pasal IK kerana apa yang diperoehinya kini berbaloi dengan usahanya mencetuskan perkara baru atau luar biasa di Malaysia.
Manakala contoh kedua terbaik adalah Faizal Tahir dan saya pasti anda semua masih ingat kontroversi stunt “superman” yang dicetuskannya. Ada kesan negatif dan ada kesan positifnya. Kesan negatifnya, semua orang pakat kutuk dia melalui blog, surat khabar, forum hingga ke kedai kopi dan kesan positif dia menang besar AIM serta Planet Muzik baru-baru ini. Jadi siapa yang untung? hehe.. Read more…
Huhu…penyakit maut?? Ya, itulah yang dapat saya katakan disini. Sejak akhir-akhir ini ramai webmaster yang diserang pelbagai penyakit sehingga terpaksa dikerjakan ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan. Malah ada juga segelintir diantara mereka yang amat kritikal sehingga diserang penyakit angin ahmar. Apa cerita sebenarnya ni?
Ramai yang masih tidak sedar bahawa duduk terlalu lama di depan komputer atau bekerja selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan membuat otot-otot tubuh kita terasa kaku, keras dan mata menjadi pedih. Malah selain keluhan ringan tersebut tersembunyi juga ancaman lain yang berisiko bagi kesihatan.
Kajian menunjukkan pekerja pejabat atau IM yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku dan satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap Deep Vein Thrombosis (DVT) atau darah beku, adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer. Read more…